Tuesday 28 June 2011

Getaran Ukhwah Yang Menusuk Jiwa


Al-kisah satu malam, lepas solat Isyak di Surau As-Salam dan baca doa, aku pun menghulurkan tangan tuk bersalam dengan Tuan Haji T di sebelah kiri. Aku mengukir senyuman di bibirku, dan senyumanku dibalas kembali oleh Tuan Haji T secara ikhlas sambil matanya melihat jauh ke dalam mata aku....sampai terasa cam kena "thundershock" r....

Kemudian aku pun toleh ke kanan nak salam.... hurm orang Iraq kot...Surau kat tempat aku nih ada banyak budak Middle East skit....mahu yang berkulit hitam atau putih.. Biler aku salam Abang Iraq nih, entah camner terasa cam suatu getaran men'zap' aku...Owh~ dengan senyuman dia yang sangat ikhlas,tangan dia memegang erat tangan aku dengan sedikit goncang, dan juga mata yang bersinar-sinar..Ya, aku rasa suatu nikmat jauh di sudut hati aku...Hurm.. mungkin inilah nikmat ukhwah...

Situasi tuh mengingatkan aku kat satu ayat dalam Surah Hujuraat (49:13) :


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah nih pun aku belajar smalam, time ber"bulatan gembira"..hehehe.. Okeyh..pengajaran dari ayat nih kita boleh belajar yang Allah S.W.T tidak memandang seorang tuh based on dia punya kaum, tetapi based on Taqwa seseorang itu.

P.S ~ tak sabar nak kena "Thunderbolt" plak....hohoho



Thursday 23 June 2011

Sampah Sarap... Memang Menyirap




Oleh kerana rasa sangat menyirap melihat sampah begitu sewenang-wenangnya dicampak, dilempar, dihumban, dan sebagainya oleh individu yang tidak bertanggungjawab, aku pun rasa nak lepas "kenyirapan" aku dengan tulis post nih...Jadi silalah baca post ni membayangkan saya sedang marah..Ger~...

Sebagai permulaan, saya nak kasi satu hadith dulu,rasanya ramai orang dah tahu hadith nih, tapi ada yang masih tak faham-faham...takpe2.. Meyh kita fahamkan....

Hadith ini adalah hadith ke-23 dari kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi:

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. 

(Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Okeyh...dalam hadith nih kita nak "highlightkan " part "Kebersihan itu sebahagian daripada iman". Cuba kita fikir hadith nih dalam versi math:

kebersihan = sebahagian dari iman,

"kebersihan" x de  =  "sebahagian dari iman"  x de

"sebahagian dari iman"  x de = iman tak completelah

Maksudnya, kalau kita buang sampah merata-rata dan tak menjaga kebersihan, iman kita tak lengkaplah ! Saya yakin dengan seyakin-yakinnya yang semua orang tentu mahukan iman yang lengkap dalam dirinya bukan ? Nak ke kita rumah yang separuh siap, berlubang-lubang plak tuh ? Sudah tentu tidak ! 

Sekarang jom kita tengok plak hadith pasal orang yang membuang sampah atau benda:

1. Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:
“Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu pejalan, maka Allah mengutuknya.” (Riwayat Ar Tabrani).
2. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut:
“Siapa yang mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia mengutuknya.”
 3. Dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda:

“Seutama-utama iman ialah mengucap  syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Walaupun kebanyakan hadis di atas adalah lemah kecuali apa yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, perkara ini menguatkan antara satu sama lain bahawa perbuatan tersebut perlu dihindari oleh kaum muslimin dalam apa cara jua cara dan amalan.

Rasanya anda sendiri dah fahamkan bila dah tengok hadith-hadith nih. Lepas nih janganlah lagi buang-buang sampah merata-rata, tak kiralah sampah besar ataupun kecik, mahupun ada orang nampak ke tak kita buang sampah!!! Ketahuilah, Allah S.W.T maha melihat !!! Hadith yang pertama dan kedua tuh ada menyebut kalau orang buang sampah dikutuk Allah S.W.T, malaikat dan manusia. Korang suka ke kalau kena kutuk ? Sekali lagi, mestilah tak !!! 

Oh ya, anda mungkin beranggapan "rilek la..kan ada makcik cleaner, yang nyapu sampah, takkanlah nak bagi gaji free-free jerk ?". Jadi kat sini saya nak kasi lagi satu hadith kepada manusia yang berfikiran sedemikian:

Abu Hurairah r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa melepaskan sesuatu bala' (kesusahan) di antara bala-bala dunia daripada seseorang mukmin, maka Allah akan melepaskan (naffasallah) daripadanya akan suatu bala daripada bala-bala (kurbatan min kurab) pada hari qiamat ; - 

dan barangsiapa mempermudahkan urusan orang yang menghadapi kepayahan (yassara 'ala mu'sirin) maka Allah akan mempermudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat
-dan barangsiapa menutupkan rahsia seorang Islam (satara musliman) maka Allah akan menutup rahsianya (satarallah) di dunia dan di akhirat, dan seterusnya Allah akan menolongi sesorang hamba Allah selama hamba Allah itu menolong saudaranya (wallahu fi 'aunil 'abd ma kaanal 'abdu fi 'auni akhiihi) ; 

-dan siapa yang menjalani suatu jalan yang yang boleh mendapatkan suatu ilmu (thoriiqan yaltamisu fiihi 'ilman) , maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan yang akan menyampaikannya ke syurga (thoriiqan ilal jannah) ; 

-dan tiadalah berkumpul suatu golongan di rumah Allah (tempat ibadat, sekolah, tempat pengajian lain), dan mereka bertadarrus (semak menyemak, faham memahamkan) melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan nikmat (kemanisan dan kesucian iman) dan dinaungi para malaikat (yang membawa keberkatan ke langit dunia), dan mereka disebutkan Allah (dipujikan) kepada siapa-siapa yang ada di sisiNya (malaikat dan anbiya') ; 

-dan siapa yang dilambat (batho a bihi) - dikurangkan, ditinggalkan amalannya ('amaluhu), tidaklah mungkin akan disegerakan padanya (lam yusri' bihi) kemulian keturunannya (nasabuhu) 

[Riwayat Muslim] 

Agak panjang hadith nih. Okeyh perkara yang kita nak sentuh adalah part yang saya boldkan tuh...Konklusi dari hadith nih, kalau kita mempermudahkan urusan orang lain, dekat dunia nih, urusan kita di dunia dan akhirat akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.. Wahh...bukankah sangat besar nikmat tuh..bayangkan urusan kita kat Padang Masyar senang dan dipermudahkan, dahlah time tuh panas yang sangat-sangat terik.. matahari sejengkal owh~ skrunk nih panas skit pun dah melalak....

Pesanan Khas dari saya:
  • Lepas nih jangan dah buang-buang sampah merata-rata, tak kiralah dari tingkap rumah ataupun kereta.
  • Pandai makan, pandailah buang plastik jajan tuh kat tong sampah
Hadith nih saya dapat kat link nih: azzariyat..jenguk-jenguklah

P.S~Saya sangat Anti-Orang Buang Sampah Merata-rata; rasa nak gigit jerk  tangan orang yang buang sampah merata-rata nih..Gerrrr~


Monday 20 June 2011

Syaitan, Takbur Dan Neraka



"Nak tegur2 plak aku couple, iman aku lagi tinggi lah..rajin g solat kat masjid plak tuh .."
                         
"Ceyh~ result aku lagi cemerlang, gemilang dan terbilang dari dialah."

"Dahla muka busuk, bawak pun kereta busuk."

"Laptop gua lagi canggih la, siap boleh self-destruct kalo ade pencuri amek. "

"Iman aku lagi power bai dari dia, dia datang surau pun sekali-sekala jerk cam Chipsmore."
"Gua straight A, bukan stakat A plus2...siap A multiply lagi"

"Alah duk rumah flat jerk, gaya cam orang kaya"


Ya, inilah antara contoh Takbur yang berlaku dalam masyarakat kita, atau mungkin pernah kita sendiri yang melakukannya.Hurmmm saya pun pernah. pejam mata..Ish3. Untuk muhasabah diri saya dan juga untuk mentarbiyah kat korang suma, jomlah kita mengenali sedikit sebanyak apa itu Takbur...

Setelah puas mencari-cari kat internet apa maksud Takbur, akhirnya berjaya juga mencari definisi yang saya rasa sangat tepat.. So apa dia ?

Ada kat dua tempat saya dapat definisi nih ( link ada dah disediakan =D ) :
kalau malas baca, baca conclusion yang saya buat 

1. Secara bahasa, takabbur bererti ‘merasa besar’ atau ‘menunjukkan kebesaran’ (at-ta’azum).• Menurut istilah, takabbur bererti menunjukkan kebanggaan pada diri sendiri dengan melecehkan peribadi orang lain dan tidak mahu menerima kebenaran yang datang dari mereka. link:saujana putra

2. Takabbur (kesombongan) atau dikenal dalam bahasa syari’at dengan istilah al-kibr adalah bangga terhadap diri, menganggap rendah orang lain dan tidak mau menerima kebenaran. Inilah yang membedakan takabbur dengan sifat ‘ujub. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadits beliau:
الكبر بطر الحق وغمط الناس
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia” (HR. Muslim dari Abdullah bin Mas’ud)
Takabbur dalam makna generiknya semakna dengan ta’azhzhum, yakni menampak-nampakkan keagungan dan kebesaran, merasa agung dan besar. Ia adalah lawan kata dari tawadhdhu’ atau rendah hati. Para ulama mengategorikannya sebagai salah satu penyakit hati yang bahayanya diatas ‘ujub dan ghurur. Kendati demikian ketiga penyakit hati ini sama-sama dapat membinasakan manusia. link: facebook takbur
 

Panjangkan ?hehe..Jadi konklusi yang saya boleh buat adalah, takbur nih ada elemen bangga ngan keupayaan dan harta sendiri disamping memandang rendah dengan apa yang ada kat orang lain. Dia rasa diri dia dah cukup hebat dan langsung tak mahu menerima kebenaran.Oh ya, angkuh, bongkak dan sombong juga dalam kategori Takbur.

Nak tahu tak sebab apa nama entry kali nih "Syaitan, Takbur dan Neraka" ? menarik kan tajuk entry kali nih,ceyh,peegidah~ hehehe... biasanya "Aku, Dia dan Engkau".Ok2, serius... Antara sebab dan musababnya adalah kerana ayat ini: 

Surah Al-Baqarah, Ayat 34 :




Malay:
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Saya yakin yang ramai tahu pasal kisah bagaimana syaitan dilaknati Allah S.W.T dan telah dijanjikan untuk dimasukkan ke neraka kelak kerana sikap takburnya yang tidak mahu tunduk hormat kepada Nabi Adam. Syaitan berasa takbur kerana merasakan dirinya lagi hebat  kerana dibuat dari api, manakala Nabi Adam hanya dibuat dari tanah....Nah..Sudah awal-awal lagi Allah S.W.T ingatkan kita melalui Al-Quran akan buruknya sikap Takbur nih.. Nak ke kita join syaitan dalam neraka sebab sikap Takbur nih.. Nauzubillah..

Nak contoh lagi tak ? Nak ? YA, contoh terdekat ialah golongan YAHUDI . Yahudi ??? Yup..  golongan yahudi telah sesat kerana sifat TAKABBUR mereka. Mereka telah sesat kerana tidak dapat menerima Rasulullah S.A.W sebagai nabi. Kenapa erk, mereka tidak dapat menerima junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi???? Sebelum-sebelum nih, nabi-nabi banyak datang dari Bani Israil,(contohnya ; Nabi Ya'akub, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Yusuf ) akan tetapi Allah telah memilih nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W  datang dari golongan Arab dan bukannya dari golongan mereka sendiri (Bani Israil). Dan dalam ujian Allah S.W.T nih,  Bani Israil yakni yahudi, telah gagal oleh kerana sikap TAKABBUR mereka 
sendiri. Eyh Ujian ? Ya, Allah S.W.T nak test diorang (Bani Israel) punya iman. Yalah, siapa suruh diorang bunuh nabi-nabi yang telah Allah S.W.T sampaikan untuk mereka..(Nabi Isa).

Nak tahu tak ? Bani Israel pernah dilebihkan atas segala umat oleh Allah S.W.T... biar betul !! Tak percaya ?? Nih ayat Al-Quran tuh:

Surah Al-Baqarah, Ayat 47 :


MALAY:
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).


Okey, apa yang dimaksudkan nenek moyang adalah nenek moyang mereka yang berada di masa Nabi Musa A.S. tengok rugi tak ? Allah S.W.T kasi diorang pelbagai macam nikmat, tapi diorang masih menolak kebenaran dan ajaran nabi-nabi (sikap TAKBUR tuh)..Nak tahu tak apa nikmat yang Allah S.W.T kasi kat diorang ? Rajinlah2 diri baca Surah Al-Baqarah... hehehe =p


Jika anda anda mempunyai rasa Takbur, takutlah anda kerana ada dalam hadis : 

“Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada takabbur.” (Hadith riwayat Muslim).


Tuntasnya, ingat lah segala apa nikmat yang telah Allah S.W.T kurniakan untuk kita. Banyakla kot~ INGAT, nikmat nih Allah S.W.T yang kasi.. JANGANLAH kita Takbur atas nikmat harta benda, kehenseman, kepandaian, dan kekuatan yang Allah S.W.T kasi kat kita !!!!!! Kalau tak, tak dapatlah nak menjejak ke Syurga...

Apa yang korang baca nih adalah hasil Bulatan Gembira dengan Abang Poji & ikhwah2 MICET....So nak share, sharelah....=)

P.S~ anytime jerk Allah S.W.T boleh tarik nikmat tuh.....


Saturday 18 June 2011

Bank Soalan Orang Bukan Islam Terhadap Islam


1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata “siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

Sesungguhnya contoh (penciptaan) Isa di sisi Allah adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam daripada tanah , kemudian Allah berfirman kepadanya : "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna ‘Aku’, sekejap guna ‘Kami’. Kenapa? Adakah ‘Kami’ lambang ‘Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)’ ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, ‘aku’ kata jamaknya ‘kami’ yang menggambarkan tentang ‘Allah dan keagunganNya’. Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna ‘We’ bukan ‘I’.
7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.
9) Sami Budha menjawab ” Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar”
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria? 
10) Sami Budha menjawab lagi “Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik” 
Kita jawab lagi “habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus”
 
11) Sami Budha berkata lagi “makan binatang akan dapat banyak penyakit” 
Kita jawab “Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.
12) Kan khinzir itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan khinzir? 
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.
13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam sembah Allah, kaabah cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah… Bukan sembah Kaabah!
14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan benar juga? 
Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.
I've got this from blog hafism .. share2 lah...semoga kita dapat terlepas dari fitnah orang kafir


Friday 17 June 2011

Hadith- Apa Jadi Kalau Lengahkan Solat



Sewaktu Rasulullah berisrak dari Makkah ke Baitil Maqdis, baginda telah melihat  banyak perkara ajaib antaranya :


"Rasulullah diperlihatkan pada suatu kaum yang menghentak kepala mereka pada batu. Setiap kali hentakan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan asal dan mereka tidak berehat daripada melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya , Siapa ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepala untuk menunaikan sembahyang fardhu". ( Riwayat  Tabrani )


Orang yang berat kepala nih bukan setakat kat orang yang x sembahyang, tapi kat orang yang melengah-lengahkan waktu solat hingga akhirnya habis waktu yang ditentukan.


Jadi lepas nih rasa malas nak solat, ingat hadis nih !!!!


Kalau rasa malas gak, tengok gambar nih :









P.S~ kalau malas gak, tunggu jelah api neraka.....hehehe....aku tengok gambar nih pun rasa nak muntah campur pitam.... Eeeeee darah.....uwekkk 



Synesthesia - The Power To Perceive Numbers As Colors



Have you ever thought that :
  • 5 is blue ..
  • the word "plane" is  grey..
  • loud tones are bright..
  • your friends name, "Rahami" have ice cream taste..

Than, you might probably have SYNESTHESIA and your are a SYNESTHETE.....

What Is Synesthesia ?

It is actually a condition in which one of your sense (hearing) is simultaneously perceived as if by one or more senses (sight).....The word synesthesia comes from to Greek words syn (together) and aisthesis (perception). So it literally means "joined perception"

Senang cakap... korang gunakan dua deria (lihat, rasa, bau, sentuh atau dengar ) bila menginterpret sesuatu  benda.... Contohnya : korang interpret 6 tuh merah, bau busuk sebagai lagu bahaya. Macam-macam la lagi, yang penting korang "interpret" satu benda tuh dengan dua deria korang atau lebih.... ada orang yang boleh interpret satu benda guna 3 deria....tapi jarang-jarang lah...

There are many form of synesthesia (there are 60 that have been reported), such as  :

  • you think shapes or numbers have colors
  • hear sounds in response to smell

Tapi paling banyak orang ingat nombor atau alphabet sebagai warna, atau dikenali sebagai:

                           Grapheme → color synesthesia


Aku dapat tahu nama "penyakit" nih pun time reading test untuk IELTS....Sebelum nih aku ingat aku x normal ada penyakit tuh... sebab aku selalu anggap 5 tuh biru, 9 coklat....Tapi lepas tahu bukan aku sorang je yang Grapheme - Color Synesthesia , aku rasa syok sebab ada ramai lagi yang ada 'penyakit' nih...hehehe... HURMM more to kelebihan aku rasa... Walaubagaimanapun, aku mungkin anggap 5 sebagai biru, tapi bagi orang lain mungkin 5 tuh hijau... Lain orang lain dia punya interpretation....

FACTS ABOUT SYNTHESIA:

  • 1 in 2000 people are Synthesia
  • woman to man ratio having Synthesia 8:1
  • most likely happen to left-handed
  • it seems that it can be inherited and is a dominant trait, probably on the x-chromosome

Do Synesthete Have Any Advantages ?


It depends actually on what type of Synesthete you are...But people with Grapheme - Color Synesthesia is said to have a good memory.....Giiiii.. Is it ?



Kat sini ada experiment untuk test korang nih ada Synesthesia ke x ???? Give it a try...


tengok yang belah kiri..... orang Synesthesia boleh nampak gambar kiri macam belah kanan


Synesthesia Experiment

  1. Read a list of random numbers between 0 and 9 at a rate of about one every 3 seconds. For example: 7, 9, 4, 0, 3, 8, 2, 5, 1, 6.
  2. After each number is read, ask people to write down the number and what COLOR that they associate with each number.
  3. Collect the answers. These will be called "Answers #1".
  4. Two to three weeks later, repeat the experiment, but change the order of the numbers. For example: 3, 6, 5, 9, 4, 1, 7, 0, 5, 2, 8.
  5. Collect the answers. These will be called "Answers #2".
  6. Compare Answers #1 with Answers #2. A person with synesthesia will have all or most of the same number-color pairs on both Answers #1 and Answers #2.This experiment can also be done using letters instead of numbers.

    P.S~ aku punya interpretation :

    5-biru
    7-hijau
    8-hitam
    9-coklat
    6-merah
    4-kuning
    0-putih

    Korang nye apa plak ???
Want to know more ? Check this web faculty washington... kat sini r aku baca pasal Synesthesia..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...