Friday 19 August 2011

Jom Cari Kesalahan Al-Quran :: Part 1


Di dalam surah An-Nisa' ayat ke-82, Allah S.W.T menyatakan bahawa jika Al-Quran ditulis atau didatangkan selain dari Allah S.W.T, sudah tentu ada banyak kesalahan dan perselisihan di dalamnya. Jadi kalau kita boleh mencari satu kesalahan atau perselisihan dalam mana-mana ayat Al-Quran, bermakna Al-Quran bukanlah dikarang oleh Allah S.W.T dan Al-Quran itu hanyalah kitab biasa yang dikarang manusia.

Surah An-Nisa' (4:82)


"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."

Dan jika kita boleh cari walau satu pun kesalahan atau ayat yang meragukan dalam Al-Quran, kita juga dapat membuktikan kata-kata Allah S.W.T hanyalah dusta dan menipukan kerana dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke-2, Allah S.W.T menyatakan Al-Quran sebagai kitab yang tiada keraguan di dalamnya.

Surah Al-Baqarah (2:2)


"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"

Cuba kita fikir balik, kalau ada orang pernah tipu kita, kita akan percaya ke tak orang tuh ? Uhhh... sudah tentu tidak.  

Jadi soalan 'cepu mas' sekarang macam mana kita nak tahu tiada satu zarah kesalahan pun dalam 
Al-Quran ? Hurmm....sudah tentu kita kena kaji dulu bukan ? Kalau ada orang dituduh membuat kesalahan merompak, sudah tentu kita akan siasat dia dulu bukan ? Atau kat MRSM dan SBP, kita kena spot check satu-satu semua benda dalam bilik, beg, baju, bawah loker,dan tandas juga (hehehehe...) sebab nak pastikan kita buat kesalahan ke tak (bawak handset,rokok,laptop merupakan satu kesalahan tau).

Jadi, apakata kita mulakan 'spot check' kita dengan Surah Al-Masad, yang Allah S.W.T kata; Abu Lahab serta isterinya akan masuk ke neraka dan menjadi bahan api di dalamnya.


Surah Al-Masad (111:1-5)



"Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. 
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal."

Selepas diturunkan ayat ini, Abu Lahab masih hidup selama 10 tahun, bukannya terus mati selepas itu. Kalau Abu Lahab lepas dengar ayat nih, dia takut lalu insaf, masuk Islam dan bertaubat setaubat-taubatnya bukankah membuktikan ayat-ayat dalam Surah Al-Masad salah ? Yalah, kalau dia bertaubat dan masuk Islam, mesti dia tak pergi neraka dan masuk syurga. Tetapi dalam ayat nih, Allah S.W.T dah cakap siang-siang yang Abu Lahab akan masuk neraka, walaupun Abu Lahab mempunyai masa 10 tahun untuk bertaubat dan masuk Islam.

Ini bermakna Allah S.W.T yang maha mengetahui, tahu bahawa Abu Lahab tak akan insaf dan bertaubat langsung, sebab itu Allah S.W.T berfirman yang Abu Lahab akan masuk neraka. Dan ini merupakan perkara yang benar kerana Abu Lahab mati dalam keadaan kafir. Diriwayatkan Abu Lahab meninggal dunia selepas berlakunya peperangan Badar walaupun dia tak join perang nih. Dia mati terkejut kerana tentera musyrikin yang seramai 1000 orang boleh kalah dengan 313 tentera muslim. Sedangkan dia dah belanjakan banyak wang untuk menbiayai perang tersebut. selepas demam beberapa hari, Abi Lahab akhirnya mati. Namun mayat Abu Lahab cepat membengkak dan membusuk menyebabkan ahli keluarganya tak sanggup menguruskan jenazah dia. Jadi jalan terbaik ialah mereka menendang jenazah Abu Lahab terus masuk ke lubang kubur dengan penuh kehinaan.


Manakala, isteri Abu Lahab juga mati dalam kekafiran. Isteri Abu Lahab, Hindun bt. Harb suka menyakiti nabi dengan meletak duri di jalan yang Rasulullah lalu. Dan pada suatu hari, dia membawa seikat duri untuk dicampak. Tetapi kerana penat , dia berehat di atas batu. kemudian datang malaikat menarik dari belakangnya dengan tali yang ada di lehernya lalu menjerutnya sehingga mati.

Jadi setakat nih, kita tak jumpa lagi kesalahan dalam Al-Quran, dan benarlah Al-Quran didatangkan oleh Allah S.W.T. Diharap dengan meng'spot check' ayat-ayat Al-Quran nih kita dapat men'up'kan iman kita bahawa Al-Quran merupakan mukjizat dari Allah S.W.T.

Ada banyak lagi benda nak dishare...

So stay tuned guyz for more 'spot check' session ;D
  

Wednesday 17 August 2011

Imam Ghazali Punya Teka Teki


PERHATIAN: Sebelum tengok jawapan, cubalah fikir jawapan dia dulu okeyh ? Dan jadikanlah jawapannya sebagai pengajaran buat kita yang mudah lupa nih. Lagi satu, kalau ternampak ayat Al-Quran tuh, rajin-rajinkanlah diri tuk baca, bleyhlah tambah pahala skit.
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya, lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMANYA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” Orang tua, guru, kawan dan sahabat”. Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah ‘mati’
Surah Ali ‘Imran ayat 185:


"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."


KEDUANYA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :” negara China, bulan, matahari dan bintang”. Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘masa lalu’. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGANYA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: ” Gunung, bumi, matahari”. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah ‘nafsu’. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. 
Surah al-A’raf ayat 179:


"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."

KEEMPAT belia bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu murudnya menjawab :” Besi, gajah”. Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘menanggung amanah’. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :” Kapas, angin, debu dan awan”. Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah ‘meninggalkan sembahyang’ kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :’ Pedang”. Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah ‘lidah manusia’ di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

got it from: teka teki imam al ghazali



Monday 15 August 2011

Sembang-sembang Kurma


Rasanya semua orang tahu yang kurma, tamar atau nama saintifiknya Phonex dactylifera mempunyai banyak kelebihan. Tapi ramai orang tak tahu secara detail apa kelebihan kurma. Jadi jom kita mengenali Cik Abang Kurma dengan lebih lanjut ----->

Kelebihan Kurma :

1. Mengandungi lebih 15 jenis garam dan mineral :

Apa function mineral erk ? Hurm banyak kot... (tak tahu jawapan), tapi ringkas kata "Kita manusia kan diperbuat dari tanah, tanah tanpa mineral kan tak subur ? ". Eyh kalau camtuh manusia takde mineral nih tak subur lah ? erk... Selain itu, kurma juga mempunyai 23 jenis amino acid yang tak ada kat buah-buah yang famous macam oren, epal dan pisang.

2. Boleh kasi instant energy :

Gula yang banyak kat dalam kurma adalah daripada kumpulan glucose dan fructose. Kalau belajar bio, gula ini juga dikenali sebagai invert sugars, dan antara kelebihannya gula nih boleh diserap masuk ke dalam badan dengan segera tanpa melalui proses penghadaman macam gula lain. Mungkin tuh hikmahnya kita digalakkan buka puasa dengan makan kurma setelah penat seharian tak makan dan minum untuk kasi energy balik kat kita dengan cepat.
    
3. Bagus untuk perempuan mengandung :

Dalam Al-Quran sendiri tercatat satu kisah seorang perempuan mengandung yang makan kurma.

Surah Maryam ( 19:22-26) :

Maka Maryam hamillah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".

Ya, perempuan yang disebut itu tidak lain dan tidak bukan Maryam, ibu kepada Nabi Isa. Mesti ada sebab Allah menurunkan perintah untuk Maryam makan buah kurma. Mengikut kajian sekarang, kurma kaya dengan zat besi dan magnesium. Magnesium nih dahlah susah nak cari dalam bentuk semula jadi, sedangkan Magnesium nih penting untuk blood circulation para kaum ibu. Zat besi dan Kalium plak penting untuk membentuk susu ibu. Time nak lahirkan anak (labour), kadar gula dalam gula dalam darah akan turun dan mengakibatkan si ibu kelesuan. Dengan makan kurma, dapatlah tenaga disupplykan untuk si ibu sebab kurma mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi (44-88%).

4. Pencegah sakit untuk bayi : 

Macam mana bayi nak makan kurma besar gedabak tu kan ? hehe.. Jawapannya ialah dengan tahnik. Tahnik nih amalan sunah yang nabi buat untuk bayi yang baru lahir dengan cara menggosok lelangit bayi dengan buah kurma yang lembut. Mula-mula kurma dikunyah, pastuh letak kat jari, kemudian dimasukkan jari ke dalam mulut bayi dan digerak-gerakkan jari tuh ke kanan dan kiri dengan lembut sampai lelangit semua dipenuhi dengan kurma.

Antara hadis yang yang menyatakan nabi mentahnikkan bayi :

Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

Satu kajian kat London telah buat kajian kat 60 orang. Diorang diberi larutan sucrose pelbagai concentration dan air distilled water sebagai control variable dalam tempoh 1-6 hari. Lepas bayi ni diberi sucrose, mereka dicucuk untuk test darah diorang. Tempoh masa bayi menangis yang diberi larutan sucrose hanya sekejap berbanding yang minum distilled water. Jadi mereka concludekan yang gula dapat menjadi bahan pencegah sakit bagi baby-baby yang baru lahir. Jadi perbuatan mentahnik nih bukanlah perbuatan yang masuk akal yang ada certain-certain orang cakap.

5. Mampu mencegah kanser: 

Sebab kurma ada selenium yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan. Mungkin sebab tuh orang-orang sahara yang selalu makan kurma jarang kena cancer.


6. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadis tentang kelebihan kurma :

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma(Hadis Riwayat Bukhari).

Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)

Jadi kita boleh tengok ada banyak kelebihan kurma kan ? Sesuailah dengan darjat kurma yang dilebihkan lagi oleh Allah S.W.T. dari buah-buah yang lain dalam Al-Quran :

Surah Ar-Ra'd (13:4) :


Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.


P.S ~ ingat kurma, ingat Yusuf Taiyob..hehehe

Tuesday 9 August 2011

Misiku Sebagai Manusia Yang Cool Lagi Beriman :: Part 1




Pernahkah anda terasa 'lost' di dunia nih, seolah-olah dunia ini tiada hala tuju ?

Atau anda mungkin tertanya-tanya apakah asbab & musabab anda diciptakan ?


Kalau kita renung-renungkanlah, setiap benda yang wujud di muka bumi ini mempunyai 'function' mereka yang tersendiri. Malah bakteria yang kecik cinonet pun mempunyai 'function' mereka tersendiri. huhuhu (jawapan santifik: menguraikan bahan organik dan mengikat nitrogen di atmosfera). Kalau bakteria yang kecil molek nih pun mempunyai 'function' mereka tersendiri, apatah lagi kita nih sebagai manusia yang Allah S.W.T  telah ciptakan sebagai sebaik-baik penciptaan.

Surah At-Tin (95:4) :


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Kalau ada orang tanya kita apa "function" handset, sudah pasti kita dapat menjawabnya dengan pantas "tuk call, sms, dengar lagu, main angry birds dan berfacebook". hehehe =P

Tapi kalau orang tanya kita apa "function" manusia ? Mungkin kita pening untuk menjawabnya, mungkin lagi susah dari jawab soalan thermodynamic. X_X

Hohoho...Tapi jangan risau, Allah S.W.T sudah terang-terang menjelaskan "function" manusia di dalam Al-Quran dalam surah Adh-Dhariyat (51:56) :  


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Okey kat sini nak highlightkan "Melainkan Untuk Mereka Menyembah Dan Beribadah kepadaKu".  Perkataan "melainkan" membawa maksud bahawa  Allah S.W.T mencipta kita hanya untuk menyembah dan beribadah kepada-Nya sahaja, takde sebab lain dah. 


Hah !!! habis tuh 24 jam kita kena solat, berzikir, baca Al-Quran jelah, tak boleh nak main bola, belajar, even tidur pun ??? Gulp.... Hurmmm.... inilah masalah penduduk muka bumi Malaysia yang menafsirkan ibadat hanya sebagai amalan-amalan seperti solat, zikir ,baca Al-Quran, etc.

Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan-amalan lain-lain agama atau kepercayaan. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan meninggalkan kehidupan dunia sebagaimana yang dipelopori oleh golongan “asceiimo”. Ianya juga bukan terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang yang tertentu atau dewa-dewa yang dipilih dan dibuat khas untuk tujuan ini, tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima. 

Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ‘ibadah apabila ia diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi untuk mencapai keredaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyari’atkan oleh-Nya. Islam tidak menganggap ‘ibadah-’ibadah tertentu sahaja sebagai amal salih malah ia meliputi segala kegiatan lain, seperti menuntut ilmu, tidur, mandi, dan bergaul dengan member-member. sumber: konsep ibadah


Jadi ingatlah 'function" kita hidup kat dunia nih ok, untuk beribadah kepada Allah S.W.T.  dan melakukan apa-apa kerja pun kerana ingin mendapat keredhaanNya. ;D












Sunday 7 August 2011

Aku Bisa Masuk Kristian Andai Kau Bisa Membuktikan......

Lelaki bernama Bisara Sianturi ini bukannya sembarangan lelaki. Dia ialah anak muda yang fanatik dengan agama Prostestan. Apa yang menarik mengenai Bisara ini, ialah percubaannya untuk mempengaruhi sebuah keluarga muslim di Medan, agar menerima ajaran Kristian Prostestan berkesudahan dengan kegagalan. Namun dari ketewasannya berdialog dengan seorang haji, menjadi penyebab dia mendapat hidayah dari Allah SWT.

Bisara Sianturi dilahirkan di Tapanuli Utara pada 26hb Jun 1949... Dia dibesarkan dalam didikan keluarga yang taat penganut Prostestan.

Pada tahun 1968 Bisara telah merantau ke Kota Medan. Nasibnya agak baik kerana berkesempatan berkenalan dengan keluarga Walikota(Datuk Bandar) Medan ketika itu, Ahmad Syah.

Dari kemesraan hubungan itu dia mendapat kesempatan tinggal bersama-sama di rumah keluarga walikota berkenaan. Bisara mengaku, selama tinggal di rumah keluarga walikota tersebut, dia cuba mendakwah anak-anak walikota itu lagu-lagu gereja. Kebetulan anak-anak walikota dekat dengannya dan suka dengan lagu-lagu yang diajarkannya. Sementara walikota sendiri tidak pernah marah kepadanya. Bahkan dia pernah bertanya kepada walikota tentang agama apa yang baik. Walikota itu menjawab, bahawa semua agama itu baik.

Pemikiran terbuka walikota seperti itulah yang membuatnya senang dan berani mengajarkan lagu-lagu gereja kepada anak-anaknya. Menurutnya, kalau orang sudah memeliki pemikiran seperti ini, biasanya akan mudah diajak masuk Kristian.

"Saya berniat mengkristiankan keluarga ini. Pertama-tama melalui anak-anaknya dulu. Makanya saya ajari mereka lagu-lagu gereja. Anehnya, mereka suka sekali dengan lagui-lagu yang saya ajarkan," kenang Bisara Sianturi.

Usaha Bisara untuk mengkristiankan keluarga walikota melalui anak-anaknya ternyata tidak boleh berjalan dengan lancar. Di rumah walikota itu tinggal juga bapa mertuanya, Haji Nurdin. Meskipun walikota tidak merasa keberatan anak-anaknya diajarkan lagu-lagu gereja, tetapi Haji Nurdin tidak suka kalau cucu-cucunya diajarkan lagu-lagu gereja oleh Bisara.

Pada suatu petang, di ruang depan rumah walikota, Haji Nurdin mengajak Bisara untuk bercakap masalah serius. Haji Nurdin yang luas pengetahuan agamanya ini mengajaknya berdialog mengenai agama. Bahkan beliau menawarkan diri untuk masuk Kristian jika Bisara mampu menyakinkan Haji Nurdin melalui hujah-hujahnya.

"Kalau kamu boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya dengan benar, saya berserta keluarga saya seluruhnya dengan ikhlas dan sukarela akan mengikuti kepercayaan kamu," kata Haji Nurdin waktu itu.

Tawaran itu tentu saja menggugat hati Bisara. Dia dengan bersemangat menyanggupinya. Dia mengira akan dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan Haji Nurdin dengan mudah. Ternyata kemudiannya semua pertanyaan-pertanyaan yang diajukan oleh Haji Nurdin membuat keyakinnannya terhadap Kristian pula goyah.

"Mana lebih dahulu Tuhan dengan air?" tanya Haji Nurdin.

"Pak Haji ini bercanda. Anak kecil juga bisa menjawab," ucap Bisara.

"Saya tidak bercanda. Kalau kamu boleh menjawapnya, saya dan keluarga akan masuk agamamu!" tegas Haji Nurdin.

"Tentu lebih dahulu Tuhan, kerana Tuhanlah yang menciptakan air," jawab Bisara.

"Kalau begitu, bila Tuhan kamu lahir? Bukankan Tuhanmu, Jesus, lahir pada tahun 1 Masehi? Bukankah tarikh Masehi yang kita pakai sekarang ini mengikuti tarikh kelahiran Jesus? Bukankah sebelum Jesus lahir setelah ada air? Kalau begitu air lebih dulu ada sebelum adanya Tuhanmu?" balas Haji Nurdin. Bisara kebingungan sendiri. Tetapi dia dengan mudah menjawabnya kembali.

"Jesus itu' kan anaknya Tuhan."

"Bukankah dalam ajaran agamamu dikenal ajaran "Trinitas" yang menganggap tiga tuhan, iaitu Tuhan Bapak, Jesus dan Roh Kudus sebagai satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan? Satu bererti tiga dan tiga bererti satu. Kalau demikian, tidak mungkin kita memisahkan Tuhan Bapak, Jesus dan Roh Kudus. Kalau Tuhan Jesus jatuh atau diragukan dengan pertanyaan seperti tadi, bererti yang lain juga ikut jatuh," kata Haji Nurdin.

Bisara tambah bingung. Ianya tidak boleh membantah lagi.

"Yang kedua. Dalam Injil Matius pasal 27 ayat 46, disebutkan bahawa Jesus meminta tolong ketika sedang disalib. Cuba kamu fikir, bagaimana mungkin Tuhan yang Maha Sempurna minta tolong, Kalau Tuhan minta tolong, bererti dia tidak pantas dianggap Tuhan," kata Haji Nurdin.

Kali ini Bisara tambah terkejut. Dia tidak menyangka Haji Nurdin mengerti banyak tentang Injil. Oleh itu, dia tidak mampu menjawab lagi.

Bisara kesal, meskipun semua meresap ke dalam hatinya, tetapi ia tidak menerima begitu saja. Dia balik bertanya kepada Haji Nurdin tentang kebiasaan orang islam menyunat anak-laki-lakinya.

"Saya hairan dengan orang Islam. Katanya Tuhan maha sempurna, apa yang diciptakan oleh Tuhan sudah sempurna, tetapi umat Islam malah merubah ciptaan Tuhan, Bererti orang Islam lebih hebat daripada Tuhan?

"Buktinya, Allah sudah menciptakan lelaki dengan sempurna, mengapa oleh orang islam lelaki itu harus disunat? Bukankah ini bererti orang Islam lebih hebat dari Tuhan?" tanya Bisara.

Terhadap pertanyaan itu, Haji Nurdin tidak hilang akal. Dia meminta anak muda itu untuk diam dulu di tempatnya, sementara beliau sendiri segera pergi ke pinggir jalan.

"Kamu tunggu di sini dulu sebentar. Saya akan kembali lagi cepatnya," jawab Haji Nurdin seraya melangkah keluar rumah. Tidak berapa lama kemudian Haji Nurdin sudah kembali dengan membawa sebiji durian.

"Kamu suka durian?" tanya Haji Nurdin.

"Suka!" jawab Bisara.

"Sekarang kamu makan durian ini, tetapi jangan kamu buka kulitnya," tawar Haji Nurdin.

"Bagaimana mungkin saya makan buah ini tanpa membuka kulitnya?" tanya Bisara.

"Bukankah Tuhan sudah menciptakan durian dengan sempurna seperti itu?" balas Haji Nurdin.

Bisara semakin terkejut. Dia tidak menduga orang tua dihadapannya begitu cerdas dan luas pengetahuannya sehingga sebiji durian boleh dijadikan jawapan terhadap pertanyaannya.

Percakapan dengan Haji Nurdin itu membuat seluruh bangunan keyakinan yang selama ini dipegangnya menjadi rapuh. Dia jadi bimbang. Di tengah kebimbangan itulah hidayah dari Allah datang kepadanya. Dia seolah-olah tersedar dengan semua perkataan Haji Nurdin yang benar itu.

Tetapi Haji Nurdin yang bijak itu meminta kepadanya untuk berfikir masak-masak.

"Sekarang fikirkanlah lagi keyakinanmu masak-masak. Apakah selama ini keyakinan itu benar-benar telah membuat kebahagian dalam hatimu? Kalau pun kamu akan masuk Islam, fikirkan juga masak-masak untung ruginya bagi kamu. Fikirkan apakah Islam boleh membahagiakan kamu? Saya beri tempoh satu minggu bagi kamu memikirkannya. Jangan sampai kamu menyesal nanti!" ujar Haji Nurdin.

"Sebelum saya keluar dari percakapan itu, Haji Nurdin sempat menjelaskan kepada saya bagaimana Islam mengatur kebersihan orang muslim dengan cara beristinjak dan berwudhuk. Dari penjelasan Haji Nurdin tentang istinjak dan wudhuk itu saya semakin percaya kalau Islam itu agama yang sebenarnya," kenang Bisara.

Sebenarnya, sebelum terjadinya dialog dengan Haji Nurdin pun, Bisara sempat dua kali meragukan keyakinan agama lamanya itu.

Pertama, ketika dia masih tinggal di kampungnya, setiap tahun baru di kampungnya diadakan pesta pora. Pada setiap malam tahun baru itu, setiap orang terutama anak-anak muda makan sampai sekenyang-kenyangnya.

Hampir semua orang di kampungnya setiap malam tahun baru jadi mabuk kerana kekenyangan. Bisara yang masih remaja itu sempat berfikir, apakah tidak ada aturan agama yang mengatur ukuran makanan yang boleh dimakan? Saat itulah ia mulai ragu dengan agama yang dianutinya

Kedua, pada satu hari Minggu, dia terlambat datang ke gerejanya... Di tengah jalan di melewati geraja lain. Dia masuk ke gereja itu, tetapi di gereja itu dia tidak boleh melakukan upacara sembahyang, kerana upacara sembahyang di gereja itu berbeza dengan yang biasa dia lakukan di gerejanya.. Keesokan harinya, ia bertanyakan masaalah itu kepada pendetanya.

"Sebenarnya, yang membawa agama ini berapa? Kenapa saya tidak boleh sembahyang di tempat lain?" tanya Bisara kepada pendetanya.

Ternyata pendeta itu tidak dapat menjawabnya. Dia hanya mengatakan bahawa hal seperti itu sudah merupakan peraturan yang tidak boleh dipertanyakan. Bisara kecewa dengan jawapan seperti itu. Tetapi semua peristiwa itu berlalu begitu saja. Dia tidak pernah memperdulikannya lagi. Sampai akhirnya, dia bercakap-cakap dengan Haji Nurdin yang membuat keyakinan mulai runtuh.

Kesempatan yang diberikan oleh Haji Nurdin untuk berfikir itu benar-benar dimanfaatkan oleh Bisara untuk merenungi kembali keyakinan yang selama ini dipeganginya.

Dia ingat betul keterangan yang dijelaskan oleh Haji Nurdin mengenai istinjak dan wudhuk yang merupakan salah satu ketentuan ibadah dalam islam. Dia jadi kagum terhadap ajaran islam yang mengatur umatnya sampai hal-hal yang kecil dan remah tetapi benar-benar bermanfaat bagi kebersihan manusia, baik dari segi fizikal mahu pun segi rohani.

Oleh itu, setelah berlalu masa satu minggu, dia meminta kepada walikota utnuk diislamkan. Walikota segera memanggilkan seorang ulama yang juga teman walikota itu. Bisara sendiri sudah lupa nama Ulama berkenaan.

Akhirnya dengan disaksikan walikota Medan Ahmad Syah, Haji Nurdin dan seorang tokoh Muhammadiyah Ende Pane serta ulama yang mengislamkannya, Bisara pun mengucapkan dua kalimah syahadah.

Setelah selesai mengucapkan syahadah ulama yang mengislamkannya memberikan nama baru kepadanya. Proses pemberian nama itu agak unik. Ulama itu membuka al-Quran yang ada di depannya secara sembarangan. Dari al-Quran itulah diambil nama Mahmud yang ditambahkan pada namanya.

Bahkan ulama itu sampai tiga kali membuka al-Quran dan menemukan nama yang sama iaitu Mahmud. Tetapi Bisara sendiri tidak tahu surah dan ayat berapa yang diambil oleh ulama itu untuk pakai sebagai namanya.

"Ulama itu sampai tiga kali membuka al-Quran secara sembarangan... Tidak ada yang diberi tanda. Tetapi begitu dibuka, selalu yang terbuka muka yang sama. Dari ayat Quran itulah ulama itu memberikan nama Mahmud kepada saya. Saya sendiri tidak tahu surah dan ayat yang mana yang diambil untuk nama saya," Kenang Bisara Mahmud Siantur.

Sejak masuk islam itu, dia belajar dari satu ulama kepada ulama lain. Ternyata memeluk islam bukan perkara mudah yang tidak sebarang cabaran. Sejak dia memeluk Islam berbagai cubaan datang kepadanya.

Setelah tiga bulan memeluk islam, dia ditangkap polis kerana dituduh menghina agama lain dan memecah belah masyarakat.Kejadiannya, pada waktu itu dia diminta untuk berceramah yang isinya menceritakan bagaimana dia sampai memeluk agama Islam.

Ceramah berkenaan diselenggarakan di sebuah lapangan terbuka. Ternyata isi ceramahnya itu membuat penganut agama lain tersinggung. Maka dia pun ditangkap dan dikenakan hukuman penjara selama setahun.

"Saya tidak memfitnah atau memburuk-burukkan agama lain. Saya hanya memaparkan fakta. Saya boleh menunjukkan bukti-buktinya yang boleh dibaca baik dalam al-Quran dan Injil, tidak ada yang bohong. Tapi pihak polis tetap menuduh saya menghina agama lain," kenang Mahmud.

Ketika pertama masuk ke dalam kurungan, dia sempat ditawari pembebasan oleh pemeluk agama lamanya, dengan syarat dia bersedia untuk murtad... Tetapi rupanya keyakinannya untuk memeluk Islam sudah teguh, dia menolak tawaran itu dengan tegas.

"Kalau pun kamu beri seluruh kekayaan kamu kepada saya, saya tidak akan mahu kembali kepada agamamu," jawab Mahmud Sianturi pada waktu itu...

Setelah menjalani kehidupan tahanan selama satu tahun, akhirnya dia dibebaskan setelah mendapat jaminan dari Ende Pane, tokoh Muhammadiyah yang pernah menjadi saksi ketika dia memeluk Islam.

Ende Pane juga menawarkan kepadanya sekolah lagi di mana yang dia mahu, sama ada di Medan, Bukit Tinggi atau di tempat lain.

Tawaran itu diterima olehnya. Dia memilih sekolah di Perguruan Islam Menengah Atas Bukit Tinggi. Setelah tamat. dia meneruskan pelajaranya ke Fakuliti Hukum Universiti Muhammadiyah Bukit Tinggi.

Baru sampai tahun tiga di Unervisiti, tahun 1977 dia berhenti kerana bertemu jodoh dengan seorang gadis bernama Siti Syamsiyah Boru Tobing. Selepas itu baru tiga bulan menikmati indahnya dunia perkahwinan, dia kembali ditangkap polis. Seperti pada penangkapan pertama di Medan, di Bukit Tinggi ini pun dia ditangkap dengan tuduhan menghina agama lain dan memecah belah masyarakat.

Dia ditahan selama dua tahun tanpa proses pengadilan. Setelah dua tahun ditahan, barulah kes dirinya disidangkan dan dia dibebaskan kerana didapati tidak bersalah.

Di tahanan Bukit Tinggi inilah dia mengaku menghadapi cubaan yang sangat berat. Kalau di Medan dulu dia boleh memanfatkan masa di tahanan untuk menghafal banyak ayat-ayat al-Quran dan mempelajari buku-buku Islam.

Sebaliknya ketika dalam tahanan di Bukit Tinggi dia tidak boleh melakukan apa-apa. Bahkan dia mengaku hampir gila. Mengapa demikian? Ternyata, selama di tahanan Bukit Tinggi, dia disatukan dengan 13 orang gila yang senghaja dikumpulkan dari jalan-jalan di kota Bukit Tinggi. Jangankan untuk menghafal al-Quran, untuk bersolat pun dia sering diganggu oleh orang-orang gila yang menghuni kamar bersamanya.

"Beberapa kali tikar solat saya ditarik ketika saya sedang bersolat. Saya jatuh dan terguling-guling. Saya sendiri hairan, mengapa orang-orang gila itu dimasukan ke dalam sel saya. Terus terang saya hampir jadi gila," kenang ayah dari lima orang anak ini.

Selama memeluk agama Islam, Mahmud Sianturi mengaku disingkirkan oleh ahli keluarganya. Bahkan warisan pun tidak diberikan kepadanya. Meskipun demikian, dia tetap saja menjaga hubungan baik dengan keluarganya. Beberapa tahun setelah masuk Islam, dia sempat pulang ke rumahnya. Semua keluarganya berusaha membujuknya untuk kembali kepada agamanya. Bahkan ibunya sampai menangis di hadapannya, berharap Mahmud Sianturi kembali memeluk agama asal mereka.

Tetapi Mahmud Sianturi tidak mudah goyah. Dia malah mengajak ibu dan bapanya untuk mengikuti agama barunya. Pernah suatu malam dia bangun tengah malam dan berdoa agar Allah SWT menurunkan hidayahnya kepada bapa dan ibunya. Tetapi rupanya ibunya pun bangun pada malam itu dan berdoa kepada Tuhannya agar anaknya mahu kembali semula kepada agamanya yang asal.

Mahmud mangaku sempat sedih ketika ibunya hampir meninggal dunia beliau mengajak ibunya untuk memeluk Islam, tetapi ibunya tetap tidak mahu.

"Waktu itu ibu bilang," biar kamu saja yang memeluk Islam. Ibu biar di sini saja." Terus terang saya sedih waktu itu," kenangnya.

Dari sudut seluruh rangkaian perjalanan hidupnya sebagai muslim yang penuh pelbagai cubaan, Mahmud Sainturi semakin kental keimanannya. Semakin lama, keyakinannya terhadap Islam semakin dalam.

Bahkan dia mengakui Islam telah memberikan kebahagian batin yang tidak ternilai harganya, yang tidak mungkin dia dapatkan pada keyakinan yang lama. Oleh itu, kini dia abadikan dirinya dan seluruh hidupnya untuk dakwah Islam. Dia merasakan bahawa dakwah merupakan suatu kewajipan baginya...

"Islam mampu memberikan kebahagian batin yang sesungguhnya, yang tidak mungkin ternilai harganya, Sejujurnya, agama saya yang lama tidak mungkin mampu memberikan kebahagian itu. "Kalau saya mengejar kekayaan, agama lama saya, saya lebih mudah mengumpulkan harta. Tetapi saya memilih Islam kerana ianya mempu menunjukkan kebenaran dan memberikan kebahagaian sejati bagi saya dan bagi manusia seluruhnya," ujar Mahmud Sianturi.

petikan majalah Hidayah Jun 2001

KOLEKSI ARTIKEL ISLAMIK : http://lurim.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...