Thursday 4 April 2013

Jaulah Esperance '13: Suatu Ibrah

Entah mengapa hati ini rasa membuak-buak untuk menulis blog. Mungkin sebab sejak sampai Perth, tak pernah post apa-apa pun dekat blog ini. Post ini akan lebih banyak kepada perkongsian pengalaman, ibrah atau apa yang dipelajari semasa berjaulah di Esperance, dengan harapan jaulah tersebut bukan hanya sekadar 'travelling' semata-mata yang tiada output atau nilainya.

Sedikit Ucapan Pengarah Program Esperance 2013, Fikri Yasmi @ Aril:




Tahniah kepada Pengarah Program serta Committee Esperance kerana berjaya organize dengan jayanya Jaulah ini. 

Rubber Time, Janji Melayu atau Janji Islam ?

Term 'Rubber Time' nih aku dengar dari mat salleh untuk merangkan sikap kebanyakan orang Malaysia. Maksud dia, kita boleh strechkan masa jadi lambat. Kalau janji pukul 6.30 pagi, masa tuh akan ditarik sampai 7.30 pagi.                                                                                                

Dalam tentatif, sepatutnya kami bergerak pada pukul 6.30 pagi, namun ter'delay' sampai pukul 7.30 pagi. Alhamdulillah committee Esperance dah alert yang kes 'rubber time' atau 'janji Melayu' ini akan terjadi, jadi sengaja mempercepatkan masa pada pukul 6.30 pagi.


Mungkin selepas nih kita tak mahu dengar lagi istilah Janji Melayu, tetapi kita mahu Janji Islam iaitu janji yang ditepati bukan janji yang dicapati.

Ibrah 1: Cepatkan masa dalam tentatif supaya masa tak terdrag.


Jaulah dan Pemerhatian Tidak Boleh Dipisahkan

Jika kita menyelak helaian Al-Quran, pasti kita akan berjumpa dengan banyak ayat Allah SWT yang menyuruh kita mengembara sambil memerhati.

1. Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Surah Al-Ankabut 29:20

2. Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu"

Surah An-Naml 27:69

3. Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu."

Surah Al-An'am 6:11

Cukuplah dengan 3 ayat ini untuk menegaskan bahawa jaulah/mengembara dan memerhati tidak boleh dipisahkan. Boleh dikatakan Allah SWT seolah-olah menyuruh kita untuk memerhati apabila kita pergi mengembara dan untuk kita ambil pengajaran dari perjalanan itu.


Niat Perjalanan



Dalam perjalanan ke Wave Rock dari Perth

Ada satu masa ketika lalu di tepi pokok, ketika dalam perjalanan ke Wave Rock, aku terfikir "Apa tujuan aku join jaulah nih ?"

Jadi aku setkan siap-siap dalam Jaulah nih objektif aku adalah:

1. Niatkan untuk melihat ciptaan Allah SWT.
2. Cuba untuk muayasyah  (bergaul/berkenalan) dengan orang sebanyak mungkin dan lebih mendalam.

Oleh itu, selain memerhati alam ciptaan Allah, dalam trip kali ini aku lebih banyak memerhati sikap dan perangai orang serta (berta'aruf) bertanya latar belakang mereka dengan harapan aku boleh mengenali mereka lagi.

Ibrah 2: Sentiasa niat ketika mula hendak buat sesuatu, kerana itu yang membezakan ibadat dan adat.

Mengapa berta'aruf ?

Jawapan mudahnya "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Malah dalam Rukun Usrah, Ta'aruf adalah rukun yang pertama. Secara saintifik, kita akan lebih mudah untuk ada 'liking' dengan orang yang mempunyai persamaan dengan kita, jadi ta'aruf adalah satu cara untuk kita cari titik persamaan dan seterusnya mempunyai 'liking' bersama.

Berhenti sebentar sebelum sampai Wave Rock

Lambatnya Kita akan Melambatkan Orang Lain

Memandangkan jaulah kali nih ramai orang dan kereta + van pun ada 8 buah. Kereta-kereta dibahagikan kepada dua group. (1 Group 4 kereta) .  Akhirnya Group 1 sampai di Wave Rock jam 11.30 pagi. Namun time tuh tak kelihatan lagi Group 2. Maka Group 1 terpaksa menunggu Group 2 sebentar untuk masuk ke Wave Rock.

Pengajaran dari peristiwa ini adalah untuk tidak kita melambatkan gerak kerja orang lain dengan lambatnya kita. Contohnya: Kalau rakan kita ajak kita ke musolla: jangan sebab kita, dia terpaksa tunggu kita untuk ke musolla dan meninggikan peluang dia untuk terlepas berjemaah. Contoh lain: Jangan sebab kawan kita tunggu kita nak pergi lecture, sampai dia terlambat ke lecture.

Wave Rock agak panas dan penuh dengan lalat, mengingatkan aku pada Trip Kalbarri.
                                                   
   Keretapi Ukhwah, Camtuhaa

Makan Dalam Talam

Sebenarnya makan dalam talam pun sebenarnya tempat kita boleh kenal orang macam mana: sama ada dia pentingkan diri atau tidak ? atau selesa dengan kita atau tidak ? Cara paling mudah nak tengok, kalau nasi tempat kita habis, dia letak atau tidak nasi dia dekat kita.

Makan Tengahari di Hippo's Yawn, 2 km dari Wave Rock

Jangan Bertangguh, Segera Lakukannya

Kitorang sampai di Esperance jam 5.30 petang. Time tuh dah agak lambat dan maghrib pun hampir masuk (5.42 petang) . Oleh itu, kitorang terpaksa dengan lajunya untuk solat jama' takhir zuhur dan asar. Antara sebab kitorang solat zohor dan asar di Esperance adalah sebab di Wave Rock, tempat mengambil wudhuk agak limited , takut melambatkan perjalanan.

Ibrah 3: Mungkin pengajaran dari sini adalah untuk tidak melengahkan kerja, dan terus lakukannya bila ada masa walaupun agak sukar mulanya untuk buat.


Esperance Esplanade



Mafia Wars dan Selimut Ukhwah

Memandangkan Isyak sudah dijama'kan dengan Isyak, kitorang mempunyai banyak masa pada malam hari. Jadi pada hari pertama, kami main game Mafia Wars. Tak sangka riuh rendah suasana main game nih, mungkin sebab kehadiran Mat Luthfi. Pada malam pertama kitorang main 2 round, dan malam kedua kitorang main sampai 3 round.

Antara ibrah Mafia Wars yang di'conclude'kan  :

- Sebelum nak selamatkan orang lain, kena selamatkan diri dulu.
- Orang yang hebat selalu akan dibunuh dahulu sebab takut akan datangkan ancaman.
- Perlunya ada orang sacrificekan dirinya untuk selamatkan orang lain.
- Orang yang buat salah, banyak helahnya dan akan selalu menipu.
- Pentingnya untuk mengundi dan bersuara pendapat masing-masing.

Anugerah Khas:

Orang Paling Cepat Mati: Imran
Pencuri Licik: Muzammil
Superhero yang tak Dipercayai: KZ
Superhero yang berkorban untuk orang lain: Barak
Pencuri paling Kantoi: Jay Jay
Pencuri Paling Banyak Cakap: Mud Luthfi
Superhero yang ingin membantu: Aril
Pencuri Innocent: Aidi dan Coki

Mengenali Mereka


                                    Di Stonehenge Esperance 

Sebenarnya tujuan post blog ini pada mulanya adalah untuk menekankan apa perkara baik dan buruk yang aku pelajari dari orang sekeliling aku, untuk aku contohi dan elakkan. Mungkin di sini tak berpeluang untuk terangkan semua orang, hanya orang yang tertentu sahaja.


Muzammil : Antara orang yang paling banyak aku dapat kenali. Dia memang hebat dari semua aspek: pandai main bola dan piano, pendidikan , kerjaya, agama. In sya Allah akan bertunang pada bulan 6 ini dan mahu perkahwinan yang sederhana sahaja walaupun datang dari keluarga yang berada. Menjadi anak sulung, dia sangat matang, ketika ayahnya dicalonkan untuk bertanding ADUN, dia telah nasihat untuk tidak bertanding kerana risau ayahnya sibuk dengan syarikatnya sekali dan akan buat darah tinggi. Bercita-cita untuk volunteer dalam mengajar budak kecil membaca Al-Quran di KAFA. Sewaktu bercuti, dia telah ambil peluang untuk bekerja dengan syarikat Architecture dan In sya Allah lepas habis belajar dia akan bekerja di Syarikat tersebut. In sya Allah kitorang bercadang nak pergi trip ke New Zealand tahun depan sama-sama. Sebelum nih belajar di Lim Kok Wing, dengan result 4 flat berjaya sambung ke Perth. Dia banyak cakap suasana parah di Lim Kok Wing di mana lelaki perempuan tidur serumah. Bagaimana rakannya yang dia selalu ajak ke surau berubah, sejak dia belajar di Perth.

Yun Un : Seorang yang loyal. Mempunyai girlfriend yang kenal dari Form 1. Mempunyai seorang abang yang buat PHD dan anak bongsu dari tiga beradik. Yun Un bermaksud "Sentiasa Lucky". Berasal dari Kelantan, tak menjadi masalah untuk cakap BM walaupun Chinese. Pandai break dance.

Jay Jay: Pandai berjenaka dan seorang photographer yang hebat. Sangat tak pandai menipu sebab senang detect dia pencuri time main Mafia Wars.

Imran: Boleh panggil doraemon, sebab semua benda dia ada dari cutting knife, lampu torchlight, ubat Panadol, sellotape, pen, kertas. Pandai meneka aku pencuri. Mempunyai 11 adik beradik. Mempunyai vast knowledge dalam ilmu agama.

Farish: Seorang yang tabah. Sepatutnya fly tahun lepas, tapi sebab disyaki ada Tuberculosis, medical check up dia tak lepas, dan fly tahun nih. Pada mulanya ingin give up dan hanya teruskan sahaja di Curtin Sarawak, tapi selepas tengok gambar betapa bestnya belajar kat oversea, dia berusaha untuk call MARA dan buat macam-macam lagi untuk pastikan dapat fly. Bekas BWP ,Naib Presiden 2 di MRSM Taiping. Sebelum tuh belajar di MRSM Jeli dan berasal dari Kelantan.

Rizuan King: Sangat yakin pada diri dia. Berasal dari Terengganu. Sebelum tuh belajar dekat Sekolah Alam Syah Cheras.

Aril: Sebenarnya dah kenal Aril sangat lama dari Form 1. Sangat kagum dengan ketegasan dan sikap suka bertanya pendapat orang lain dahulu sebelum buat decision. Antara orang yang paling bertungkus lumus untuk pastikan program ini berjalan lancar.

Suatu pengajaran Buatku:


                                                  Hell Fire Bay: terpegun dengan kebiruannya

'Yang jernih diambil, yang keruh dibuang'. Aku percaya yang benda baik harus diambil, dan benda buruk perlu dibuang jauh-jauh. Aku juga percaya, tujuan Allah SWT menampakkan keburukan orang lain pada aku adalah untuk aku tidak mengikut keburukan tersebut.

1. Untuk Tidak Over dalam Buat Sesuatu: Kadangkala bila kita seronok terlebih kita akan ada tendency untuk lupa daratan kerana rasa sangat high. Kita lupa bagaimana percakapan elok dengan rakan-rakan. Kita lupa untuk menjaga perasaan rakan kita dan akan lebih senang untuk lepas cakap benda yang boleh mengguris hati kawan kita. [ Cuba untuk kawal diri untuk tidak syok sangat,sehingga tak fikir apa perkara yang kita buat]

2. Untuk Bergaul Dengan Semua Orang: Secara fitrahnya, manusia memang tidak boleh hidup seorang diri. 'No man is an Island'. Bak kata 'Hugh Grant" : We might be a different island, but somehow we're connected together below the island. [Cuba untuk bergaul dengan pelbagai orang, walaupun pada mulanya frequency kita dan dia berbeza]

3. Turut serta dalam buat kerja: Ada orang yang lebih senang untuk tengok orang lain buat kerja, dan tengok sahaja. Aku percaya kalau dengan bantuan orang ramai, kerja akan jadi lagi senang. Kadang-kadang orang lain tak minta tolong dengan kita sebab menunggu kita untuk tanya mereka dahulu. [ Walaupun nampak semua okeyh, cuba untuk offer diri apa-apa bantuan]



Lain Kereta , lain Suasananya


Kereta Geng Cleaner di Cape Le Grand

Sepanjang tiga hari jaulah tersebut, aku berjaya untuk mencuba pelbagai kereta, dengan harapan aku boleh kenal lagi dengan orang lain. Kalau kereta pertama yang aku naik, Carnival: suasananya sangat soleh dan penuh dengan makanan. Sepanjang perjalanan, kereta dipasang nasyid malah ada ISK Nusantara, siap baca mathurat 2 kali. Kalau balik Perth, aku naik kereta Imax, suasana dia sangat ceria. Pelbagai game yang kitorang main, dari sambung perkataan, kuiz, hinggalah sesi perbincangan kahwin awal. Antara cerita kereta yang menarik dan kelakar yang aku dengar adalah kereta Duwe. Pada mulanya Akak Atiqah Hanis ajak untuk main kuiz, Duwe ingat nak main kuiz biasa-biasa sahaja, sampailah akak tuh tanya soalan "Siapa nama anak Rasulullah ?" . Apabila radio diorang rosak, lalu diorang diajak untuk baca mathurat dan pasang lagu nasyid.

Ibrah 4: Lain kereta , lain suasananya, menggambarkan betapa pentingnya peranan rakan kita dalam membina suasana.

Konklusi

Alhamdulillah, dalam jaulah Esperance kali ini, aku berpeluang untuk berkenalan dengan pelbagai orang serta karenah mereka. Aku boleh kata, banyak yang aku pelajari dari memerhati alam dan orang lain. Aku lihat banyak potensi dalam diri masing-masing yang boleh digilap lagi.

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

# Nak minta maaf pada ahli kereta Imax yang tak selesa dengan pemanduan laju time balik Perth. Sori, sebab kejar masa time tuh. Looking forward for another Jaulah. ;D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...