Wednesday, 3 August 2011

Ghulam, Tukang Sihir, Dan Rahib

PERHATIAN : Cerita yang bakal korang baca nih mungkin korang pernah dengar sebelum nih, tapi cuba kita hayati cerita nih dulu okeyh ! Sebab lepas baca cerita nih, kita nak post-mortem cerita nih sekaw-kaw nya ? 




Al-Imam Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya, pada Kitab Az-Zuhd war Raqa`iq, bab Qishshah Ashhabil Ukhdud (no. 3005), dari Shuhaib bin Sinan RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang ertinya):

Pada zaman dahulu, sebelum masa kamu semua ada seorang raja, dia mempunyai seorang tukang sihir. Ketika tukang sihir ini sudah semakin tua, dia berkata kepada raja tersebut: "Aku sudah tua, carikan untukku seorang pemuda remaja yang akan saya ajarkannya ilmu sihir." Maka raja itupun mencari seorang pemuda untuk diajarkan ilmu sihir.

Untuk pemuda itu, di jalan yang dilaluinya (menuju tukang sihir setiap hari) itu ada seorang rahib (ahli ibadah). Lalu dia duduk di majlis rahib tersebut, mendengarkan ajarannya dan ternyata huraian tersebut menakjubkannya. Akhirnya, setiap kali dia mendatangi tukang sihir itu, dia singgah di majlis si rahib dan duduk di sana. 

Kemudian, setelah dia menemui tukang sihir itu, dia dipukul oleh tukang sihir tersebut (kerana sampai lewat). Pemuda itupun mengadukan keadaannya kepada si rahib. Kata si rahib: Kalau engkau takut kepada si tukang sihir, katakan kepadanya: ‘Aku ditahan oleh keluargaku.’ Dan jika engkau takut kepada keluargamu, katakan kepada mereka: ‘Aku ditahan oleh tukang sihir itu’.

Ketika dia dalam keadaan demikian, datanglah seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Pemuda itu berkata: "Hari ini saya akan tahu, tukang sihir itu yang lebih utama atau si rahib." Diapun mengambil seketul batu dan berkata: "Ya Allah, kalau ajaran si rahib itu lebih Engkau cintai daripada ajaran tukang sihir itu, maka bunuhlah binatang ini agar manusia dapat melalui (jalan ini)." Lalu pemuda itu melemparkan batunya hingga membunuh binatang itu. Akhirnya orang ramai dapat melalui semula jalan (yang terhadang itu).

Kemudian pemuda itu menemui si rahib dan menceritakan apa yang berlaku. Si rahib berkata kepadanya: "Wahai anakku, hari ini engkau lebih baik daripadaku. Kedudukanmu sudah sampai pada tahap yang aku lihat ketika ini. Sesungguhnya engkau tentu akan menerima ujian. Maka apabila engkau ditimpa satu ujian, janganlah engkau menceritakan tentang diriku."

Pemuda itupun akhirnya (dengan ilmu dan izin Allah SWT) mampu mengubati orang yang dilahirkan dalam keadaan buta, sopak (belang) dan mengubati orang ramai dari pelbagai penyakit. Berita ini sampai ke telinga seorang pembesar raja yang buta matanya.

Diapun menemui pemuda itu dengan membawa hadiah yang banyak lalu berkata: "Semua hadiah yang ada di sini adalah untuk engkau, saya kumpulkan, kalau engkau dapat menyembuhkan saya (dari kebutaan ini)."

Anak muda itu menjawab: "Sesungguhnya, saya tidak dapat menyembuhkan sesiapapun. Tetapi yang menyembuhkan itu adalah Allah SWT. Kalau engkau beriman kepada Allah SWT, saya doakan kepada Allah SWT, tentu Dia menyembuhkan engkau."
Pembesar raja itupun beriman kepada Allah SWT, lalu Allah SWT menyembuhkannya. Kemudian dia menemui sang raja dan duduk bersamanya seperti biasa. Raja itu berkata kepadanya: "Siapakah yang mengembalikan semula matamu?"

Dia menjawab: "Rabbku."

Raja itu bertanya semula (dengan marah): "Apa kamu punya tuhan selain aku?"

Orang itu berkata: "Rabbku dan Rabbmu adalah Allah SWT."

Raja itupun menangkapnya dan menyiksanya tanpa henti sehingga dia menunjukkan si pemuda tadi. Akhirnya si pemuda ditangkap dan dibawa ke hadapan raja tersebut.

Raja itu berkata: "Wahai anakku, telah sampai kepadaku kehebatan sihirmu yang dapat menyembuhkan buta, sopak dan kamu berbuat ini serta itu."

Pemuda itu berkata: "Sesungguhnya saya tidak dapat menyembuhkan sesiapapun. Tapi yang menyembuhkan itu adalah Allah SWT."

Raja itu menangkapnya dan terus menerus menyiksanya sehingga dia memberitahu tentang si rahib. Akhirnya si rahib ditangkap dan dihadapkan kepada raja dan dipaksa: "Keluarlah dari agamamu!."

Si rahib menolak. Raja itu minta dibawakan sebuah gergaji, lalu diletakkan di atas kepala si rahib dan mulailah kepala itu digergaji hingga terbelah dua. Kemudian diseret pula pembesar raja tersebut, dan dipaksa pula untuk kembali murtad dari keyakinannya. Tapi dia menolak. Akhirnya kepalanya digergaji juga hingga terbelah dua.

Kemudian pemuda itu dihadapkan kepada raja dan diapun dipaksa: "Keluarlah kamu dari keyakinanmu." Pemuda itu menolak.

Akhirnya raja itu memanggil para perajuritnya: "Bawa dia ke gunung ini dan itu, dan naiklah. Apabila kamu sudah sampai di puncak, kalau dia mahu beriman (bawa dia pulang). Kalau dia tidak mahu, lemparkan dia dari atas."

Merekapun membawa pemuda itu ke gunung yang ditunjuk. Si pemudapun berdoa:"Ya Allah, lepaskan aku dari mereka dengan apa yang Engkau kehendaki."

Seketika gunung itu bergetar dan merekapun terpelanting jatuh. Pemuda itu datang berjalan kaki menemui sang raja. Raja itu berkata: "Apa yang dilakukan para pengawalmu itu?"

Kata si pemuda: "Allah SWT menyelamatkanku dari mereka."

Kemudian raja itu menyerahkan si pemuda kepada beberapa perajurit lain lalu berkata: "Bawa dia dengan kapal ke tengah laut. Kalau dia mahu keluar dari keyakinannya, (bawa dia pulang), kalau tidak lemparkan dia ke laut."

Merekapun membawanya ke tengah laut. Si pemuda berdoa lagi: "Ya Allah, lepaskan aku dari mereka dengan apa yang Engkau kehendaki."

Perahu itu karam dan mereka pun tenggelam. Sedangkan si pemuda berjalan dengan tenang menemui sang raja. Raja itu berkata: "Apa yang dilakukan para pengawalmu itu?"

Kata si pemuda: "Allah SWT menyelamatkanku dari mereka."

Pemuda itu meneruskan lagi: "Sesungguhnya engkau tidak akan dapat membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang kuperintahkan." Sang raja bertanya: "Apa itu?"

Kata si pemuda: "Kau kumpulkan seluruh manusia di satu tempat, kau salib aku di sebatang pohon dan ambil sebatang panah dari bekas panahku kemudian letakkan pada sebuah busur lalu ucapkanlah: ‘Bismillah Rabbil ghulam’ (Dengan nama Allah, Rabb si pemuda) dan tembaklah aku dengan panah tersebut. Kalau engkau melakukannya nescaya engkau akan dapat membunuhku.”

Raja itupun mengumpulkan seluruh manusia di satu tempat dan menyalib si pemuda, kemudian mengeluarkan anak panah dari kantung si pemuda lalu meletakkannya pada sebuah busur dan berkata: "Bismillahi Rabbil ghulam", kemudian dia melepaskan panah itu dan tepat mengenai pelipis si pemuda.

Darah meluncur laju dan si pemuda segera meletakkan tangannya di pelipisnya dan diapun mati syahid. Serta merta orang ramai yang melihatnya segera berkata: "Kami beriman kepada Rabb si pemuda. Kami beriman kepada Rabb si pemuda. Kami beriman kepada Rabb si pemuda."


Raja itupun didatangi pengikutnya dan diceritakan kepadanya: "Apakah anda sudah melihat, apa yang anda khuatirkan demi Allah sudah terjadi. Orang ramai sudah beriman (kepada Allah)."

Lalu raja itu memerintahkan agar digali parit-parit besar dan dinyalakan api di dalamnya. Raja itu berkata: "Siapa yang tidak mahu keluar dari keyakinannya, bakarlah hidup-hidup dalam parit itu (campakkan ke dalamnya)."

Merekapun melakukannya, sampai akhirnya diseret seorang wanita yang sedang mengendong bayinya. Wanita itu berundur (melihat api yang bernyala-nyala) khuatir terjatuh ke dalamnya (kerana sayang kepada bayinya). Tapi bayi itu berkata kepada ibunya: "Wahai ibunda, bersabarlah, karena sesungguhnya engkau di atas al-haq."

Allah SWT menceritakan kisah ini juga dalam Kitab-Nya yang mulia dalam surah Al-Buruj (1-10):





“Demi langit yang mempunyai gugusan bintang, dan hari yang dijanjikan, dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit. Yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar, ketika mereka duduk di sekitarnya, sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu. Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” [al-Buruj:1-10]


Tahniah sebab korang habis membaca cerita nih. =D Okeyh sekarang kita ke sesi post-mortem plak :


1. Usia muda, usia yang sesuai untuk belajar:

Cuba kita tengok balik, bila tukang sihir tuh dah tua, dia suruh raja cari orang muda, bukannya orang tua untuk mempelajari sihir. Ini kerana semasa muda, tenaga kita masih kuat, otak pun masih berligat lagi, dan senang dibentuk. Sejak zaman dahulu lagi semua orang sedar betapa pentingnya generasi muda dalam memimpin masa depan. Anak muda yang bersuara lebih ditakuti dari seorang tua yang bersuara. Sejarah pun telah membuktikan betapa medan Tiannamien menjadi saksi keberanian para pemuda China dan Revolusi Iran menyaksikan golongan pemuda yang teguh menumbangkan rejim Shah Iran.
Dalam al-Quran juga diceritakan keberanian pemuda Ashabul Kahfi dan yang paling utama adalah kemenangan Islam pada zaman Rasulullah saw dahulu juga dipelopori oleh para pemuda Islam. Jadi manfaat dan hargailah masa muda anda.

2. Raja tak berkuasa pun, mengharapkan bantuan ahli sihir dan askarnya:


Masa zaman Nabi Musa pun, firaun mengharapkan bantuan ahli sihir untuk bertanding dengan Nabi Musa menunjukkan firaun perlukan bantuan dari orang lain dan tidaklah berkuasa seperti yang diperkatakan. (for more info pasal Nabi Musa dan firaun boleh tengok surah Al-a'Raf ayat 103-171).


3.Ajaran rahib lagi menarik dari ajaran tukang sihir:


Ini kerana, Ghulam akan pergi jumpa rahib semasa pergi dan pulang dari tempat tukang sihir. ( Rahib punya majlis diantara rumah Ghulam dan tempat tukang sihir. ) maksudnya, dia pergi tempat tukang sihir sekali, tapi pergi majlis rahib 2 kali (pergi dan balik dari tempat tukang sihir).

4.Ghulam yakin dengan ajaran rahib dari ajaran tukang sihir:


Ada satu pengajaran besar yang perlu diambil iktibar bersama ketika Ghulam berdoa sebelum membunuh binatang tersebut. Iaitu perhatikan ayat pemuda tersebut ketika berdoa. Si Ghulam berdoa dengan nama Allah, meminta dengan nama Allah, bermakna dia yakin akan kebenaran terhadap ajaran rahib dan bukannya kebenaran ahli sihir. Dia tahu kalau dia berdoa dengan nama tukang sihir, dia akan mati kena makan dengan binatang tuh sebab dia tahu yang ajaran tukang sihir  itu tidak benar.


5.Menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah:


Ghulam telah diberikan kelebihan padanya untuk mengubati pelbagai penyakit. Di samping berubat, pemuda itu berdakwah. Inilah keistimewaan pekerjaan seorang doktor. Dakwah lebih mudah disampaikan kepada orang sakit. Kerana disitu kepercayaan paling tinggi diberikan kepada doktor. Saat itu, semua yang diberitahu oleh doktor adalah benar pada kaca mata pesakit. Ini dibuktikan apabila pemuda dapat mengubati penyakit sahabat kepada raja. Akhirnya kalimah tauhid dapat diserapkan ke dalam hati sahabat raja tersebut.

Ini juga memberi pengajaran kepada kita, dalam bidang apa pun kewajipan dakwah itu ada. Tidak semestinya menjadi ustaz baru kita menyebarkan Islam. Tetapi Islam itu disebarkan mengikut kemampuan kita. Tahap kefahaman kita terhadap Islam. Asalkan kita sudah asas yang baik, maka tidak ada masalah untuk menyebarkan risalah Islam.
Kalau menjadi ustaz yang hanya menumpukan ceramah di surau dan di masjid, sudah tentu yang dapat manfaatnya adalah mereka yang pergi ke surau dan masjid sahaja yang rata-ratanya memang sudah baik. Tetapi kalau menjadi jurutera Islam, peguam Islam, akauntan Islam, peniaga Islam, doktor Islam, penyair Islam dan sebagainya sudah tentu kita dapat menampung mekanisma dakwah yang lompang yang tidak dapat diisi oleh para ustaz yang terhad dengan masjid dan suraunya sahaja. 
Apa yang penting adalah kita menggunakan kelebihan kita untuk berdakwah macam guna suara yang merdu untuk mengingati Allah cam Maher Zain.Gunakan kelebihan bercakap banyak untuk menceritakan kehebatan Islam.

6.Tidak takut kerana tahu ada tanggungjawab yang besar:


Walaupun dia telah diancam bunuh oleh raja ( dibawa ke gunung dan laut ) dan selamat dari ancaman tersebut, Ghulam tetap berani pergi berjumpa balik dengan raja kerana dia tahu dia ada tanggungjawab yang besar iaitu untuk berdakwah kepada penduduk dan raja tersebut. Kalau kita mungkin dah lari jauh-jauh dari raja nih. huhuhu...

7.Raja tak bunuh ghulam:


Raja tuh tak bunuh terus Ghulam seperti dia bunuh si rahib dan pembesar. Ini kerana ghulam hanyalah seorang budak. Cuba bayang kalau time kita, pembesar menghukum budak kecil macam orang dewasa, bukankah nampak kejam ? 

8.Bayi pun dibunuh oleh raja:


Di sini membawa peringatan kepada kita bahawa wanita dan anak kecil juga sama-sama menyumbang terhadap dakwah Islam. Walaupun barangkali mereka tidak duduk di barisan hadapan, tetapi pahala yang diperolehi adalah sama seperti kaum lelaki yang lain. Islam sentiasa menggalakkan umatnya menyumbangkan tenaganya mengikut kemampuan yang ada.

Peristiwa ini juga menunjukkan betapa kejamnya para pendokong kebatilan. Bayi dan kaum wanita juga dibunuh seperti kaum lelaki. Tetapi Islam, dalam peperangan hanya tentera musuh sahaja yang perlu dibunuh dan orang tua, kanak-kanak serta wanita adalah antara yang perlu dilindung.
Kalau kita tengok sekarang pun, ramai orang mati kena bunuh kat Palestin sebab diorang beriman kepada Allah S.W.T. Benarlah kata Allah S.W.T di dalam surah Al-Buruj tadi (8-9) :

Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan karena orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.


9.Kalau dah nampak kebenaran, usah tangguh lagi:


Selepas kematian pemuda tersebut, ada riwayat yang menyebut sehingga 70 000 orang mati dibakar kerana yakin dengan ajarannya. Satu jumlah yang besar untuk zaman tersebut. Berbondong-bondong manusia beriman kepada Allah walaupun mereka tahu mereka akan dibakar kelak.
Ini adalah satu pengajaran yang menyuruh kita kalau sudah nampak kebenaran di hadapan mata, maka janganlah bertangguh dan memberi alasan lagi. Usah menjadi seperti orang-orang Yahudi, golongan munafik dan musyrikin yang memohon kepada Nabi saw agar menunjukkan kebenaran baginda. Namun setelah mukjizat ditunjukkan, majoriti mereka menuduh Nabi saw menggunakan sihir dan sebagainya. Hanya sebahagian kecil sahaja yang beriman setelah ditunjukkan mukjizat. Sikap tidak mahu menerima kebenaran setelah diberikan keterangan yang nyata bukanlah sifat seorang Muslim.


10. Surah Al-Buruj adalah surah Makiyyah:

Surah al-Buruj adalah surah Makiyyah. Zaman sebelum Islam memerintah. Justeru terlalu banyak cubaan yang diterima oleh Nabi dan para Sahabat. Justeru, Nabi saw setelah ditenangkan oleh Allah swt, baginda menenangkan para Sahabat bahawa penentangan yang berlaku di Mekah adalah lumrah bagi mereka yang menyeru kepada jalan kebenaran. Lalu diceritakan kisah ini agar para Sahabat bertambah yakin dan istiqamah di menyampaikan risalah Islam.


Info from: Usrah Kabilah dan ashabul ukhdud 







Wednesday, 27 July 2011

Masuk Syurga Kerana Sedekahkan Pedang



Kisah ini terjadi pada zaman Nabi Isa As. Disebutlah ada seorang yang sangat terkenal kikir, bakhil, dan pelit. Ia bernama Mal’un.
Suatu hari, ada seorang pemuda yang akan berjihad membela agama datang menghadap dirinya. Pemuda itu berkata dengan sangat halus kepada Mal’un yang kikir itu, “Wahai Tuan, sekiranya Tuan tidak keberatan hati, sudilah kiranya Tuan memberikan sebuah pedang kepada saya untuk berperang?”
Mal’un diam. Ia tidak menjawab permintaan pemuda shalih ini. Dan malah membiarkannya begitu saja, hingga akhirnya si pemuda shalih mohon undur diri kepadanya. Setelah pemuda shalih meninggalkan dirinya, Mal’un menyesal. Ia berkata dalam hati, “Mengapa saya membiarkan pemuda ini pergi tanpa membawa pedang untuk berperang?”
Lalu Mal’un memanggil pemuda shalih ini, yang ternyata belum jauh dari rumahnya. Selanjutnya ia berikan pedang yang dimilikinya itu kepada pemuda shalih ini.
Sepulang dari medan perang, pemuda shalih ini bertemu dengan Nabi Isa As. yang sedang berjalan bersama seorang ahli ibadah. Ahli ibadah telah mengabdikan dirinya kepada Allah selama 70 tahun.  Nabi Isa menegurnya, “Wahai pemuda, dari manakah kau mendapatkan pedang ini?”
“Dari Mal’un, ya Nabi Allah.”
Nabi Isa merasa senang mendengar kabar bahwa orang yang selama ini terkenal sangat pelit dan bakhil itu telah memberikan sesuatu. Saat itu, kebetulan mereka tepat sedang berada tidak jauh dari rumah Mal’un. Ketika mngetahui kalau pemuda shalih, Nabi Isa, dan ahli ibadah itu berada di depan rumahnya, Mal’un mempersilakan mereka untuk masuk ke rumahnya.
“Aku akan segera pergi sebelum terbakar apinya,” kata ahli ibadah.
Setelah ahli ibadah mengucapkan kalimat itu, turunlah wahyu dari Allah kepada Nabi Isa : “Hai Isa, katakanlah kepada hambaku yang bernama Mal’un bahwa aku sudah mengampuni dosanya. Berkat shadaqah pedangnya itu dan karena dia senang kepadamu. Dan sampaikan juga bahwa ahli ibadah itu adalah kawannya kelak di surga.”
Mendengar penyampaian wahyu dari Nabi Isa itu, si ahli ibadah berkata, “Aku tidak sudi berkawan dengannya di syurga.”
Setelah itu turunlah wahyu kepada Nabi Isa : “Hai Isa, karena ahli ibadah itu tidak menerima keputusan-Ku dan telah menghina orang, maka Ku-masukkan Mal'un ke dalam syurga sebagai ganti amal yang telah dilakukan oleh ahli ibadah itu.” Kira Mal'un dengan ahli ibadah tuh bertukar tempat. Mal'un yang sepatutnya masuk neraka telah masuk syurga, manakala ahli ibadah yang sepatutnya masuk syurga telah masuk neraka.
P.S~ rajin-rajinlah sedekah, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang akan bakal tiba... ;)

Tuesday, 26 July 2011

Sifat-sifat Mazmumah



Imam ghazali menggariskan sifat mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian:


1.Gemar makan dan minum: nanti dah kenyang, susah nak buat ibadah..haha cuba tengok cam iklan "eno"..tak ke susah..pastuh kalau dah terlebih kenyang rasa nak tidur jerk.. penjelasan saintifik : sebab time hormon insulin tukarkan starch (makanan yg korang makan) jadi glycogen, akan ada satu hormone yang menyebabkan kita ngantuk keluar sekali.


2.Banyak berkata-kata (yang sia-sia): ngumpat, menghina, dusta dan bertengkar dalam kategori nih yerk. Banyak berkata-kata benda yang sia-sia nih sangat x cool ye rakan-rakan. Bila korang kutuk kawan korang, sebenarnya korang yang memburukkan diri korang, menampakkan betapa busuknya korang.


3.Marah : nih kes orang yang tak sabar la nih...hati-hati !! syaitan akan selalu mencucuk-cucuk korang..agak-agak tengah marah pergi la amek wudhuk kasi cool sikit..
kalau tengah marah time berdiri,duduk, kalau x ok jugak, baring secara mengiring plak.


Suatu hari, seorang sahabat Rasulullah datang berjumpa dengan baginda untuk meminta nasihat. "Jangan marah" jawab Rasulullah. Baginda mengulang ayat yang sama sebanyak tiga kali.


4.Hasad, dengki dan iri hati : yang nih plak disebabkan rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain. Kita seharusnya belajar bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Rezeki yang Allah dah kasi kat kita pun tak reti nak bersyukur, nak banyak-banyak lagi plak.


5.Kasih pada harta : hey, tak salah kalau kaya dan mewah, tapi kalau bakhil, tamak dan membazir tuh yang x molek tuh... try-try lah sedekah harta anda ok, supaya sifat kedekut tuh dapat dikikis.


6.Takbur: Antara sebab takbur ialah keturunan, kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).


7.Riyak: Sifat ni plak disebabkan orang nak bagi orang lain nampak yang dia nih buat amalan baik-baik semata-mata nak pujian, pangkat, dan kedudukan. Buatlah ibadat ikhlas kerana Allah S.W.T. sang pencipta bukan untuk manusia,yang hanya hamba kepada yang Esa.


8.Ujub: sifat sombong yang selalu ada kat orang yang soleh sebab rasa cam dah banyak beramal dan beribadah. Ujub nih boleh makan amal soleh kita tau..takutkan ?


9.Kasih akan dunia: sikap inilah yang menyebabkan rakan-rakan kita di Palestine, Selatan Thai, Mindanao, Bosnia Herzegovina, Cechnya, Kashmir, Iraq, Afghanistan dan kini di Libya sengsara akibat ditindas oleh musuh-musuh Islam, walhal bilangan kita ramai. Rasulullah pernah meramalkan perkara ini 1500 tahun yang lalu:


 Dari Tsauban bin Bajdad, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “Hampir saja bangsa-bangsa berkumpul menyerang kalian sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan di dalam dulang. Salah seorang sahabat bertanya, “Apakah karena sedikitnya jumlah kami pada saat itu?” Beliau menjawab, “Bahkan pada saat itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih, buih aliran sungai. Sungguh Allah benar-benar akan mencabut rasa takut pada hati musuh kalian dan sungguh Allah benar-benar akan menghujamkan pada hati kalian rasa wahn.” Kemudian seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (H.R. Abu Daud dan Ahmad)


Bila kita terlampau kasih akan dunia dan hati berpaut kepada kesenangan duniawi, maka kita akan takutkan mati. Dari Abu Hurairah r. a katanya: 'Rasulullah s.a.w bersabda: 'Dunia Penjara Bagi Orang Mukmin dan Syurga Bagi Orang Kafir.'


P.S~ doa2 agar kita tak mempunyai sifat-sifat mazmumah nih dalam diri kita, sebaliknya sifat-sifat mahmudah yang mendampingi kita..amin...



Monday, 25 July 2011

Dunia : Peperiksaan Yang Sebenar Bagi Manusia

Baru-baru nih aku ada baca sebuah buku yang bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam", buku nih banyak memberi aku kefahaman yang sebenar terhadap Islam. Even, kawan aku yang dai'e pun cakap buku nih memang bagus. Antara isi kandungan buku nih adalah asas-asas jati diri Islam yang perlu ada pada setiap muslimin dan muslimat. Time baca buku nih malam semalam aku ada baca part yang menarik, nak tau apa dia ? Jom....Zasss... 


Abu Dzar bertanya  tentang inti pati suhuf Musa A.S. Sabda Baginda, “Kesemuanya adalah pengajaran; 
Aku hairan (melihat) bagaimana seseorang yang yakin dengan mati kemudian beliau (masih) bergembira.  
Aku hairan (melihat)  seorang yang yakin terhadap neraka, kemudian beliau (masih) ketawa.
Aku hairan (melihat)  orang yang yakin dengan ketentuan Allah S.W.T., kemudian beliau (masih) kecewa.
Aku hairan (melihat) orang yang melihat bagaimana dunia memutar-belikan penghuninya kemudian beliau (masih) boleh tenang terhadap dunia.
 Aku hairan (melihat) orang yang yakin dengan wujudnya hari hisab, kemudian beliau masih lagi tidak beramal.”
(Hadis riwayat Ibn. Hibban)


Hadis nih telah membuat aku sedar yang aku nih masih lagi lalai terhadap kemewahan dunia. Yalah aku dah tau yang satu hari nanti aku akan mati dan amalan aku akan dihisab, tapi aku masih boleh main game kat handset, tengok movie omputih, tengok cerita korea, baca komik2 Gempak , tidur yang overdose dan pelbagai lagi benda yang melalaikan. Bukankah Allah S.W.T mengingatkan kita di dalam Al-Quran, yang setiap makhluk yang bernyawa akan merasai mati ?



Surah Al-Imran (3:185) :Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


Kita hidup kat dunia sekejap jerk. Cuba tengok tahun-tahun yang dah kita lalui, sekejap bukan ? Kat akhirat nantilah destinasi kita yang terakhir, syurga atau neraka. Kat situlah kita duduk "forever and after". Dunia nih hanyalah tempat yang Allah cipta untuk tengok amalan kita :



Surah Hud (11:7) :Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)".

Jadi, sementara kita masih hidup kat dunia nih, bekalkanlah untuk akhirat dengan amalan yang baik dan berfaedah kat dunia nih cam Baca Al-Quran, Sedekah, Berzikir, Membantu orang lain, Berdakwah... Anggap kita hidup kat dunia nih cam satu test besar. Kalau kita ada apa2 test pun kita selalu buat preparation kan ? Sama gak dengan "Test Dunia" nih...kena prepare kau-kau punyer.



Surah Al-An'Am (6:32) : Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Last but not least, dunia nih memang melalaikan, so marilah kita sedar dan beramal dengan amalan yang baik dan berfaedah..untuk kebaikan diri kita jugak..Udah-udahlah buat benda tak berfaedah...Sesungguhnya, akhiratlah tempat yang lebih baik bagi orang bertakwa.

Janganlah kita sangka yang amalan kita nih dah cukup untuk membawa kita ke syurga, kalau diri kita masih alpa dengan dunia nih. Nih link untuk orang-orang yang rasa amalan mereka dah cukup untuk akhirat :top-up amalan kita


P.S.~ Nasihat dan pedoman ikhlas buat diriku dan sahabaku sekalian.

Saturday, 23 July 2011

See The Speech Not The Speaker


Sebagai starter, izinkan saya mulakan coretan ini dengan cerita pembunuhan Habil oleh Qabil dalam Al-Quran ok ;)  :

Surah Al Maa-Idah, ayat 27-31 :

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;

"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Agaknya apa yang kita boleh pelajari ? 
  • Membunuh tuh satu dosa
  • Allah menerima ibadah orang yang bertaqwa
  • nafsu selalu mendorong kita untuk berbuat jahat
Akan tetapi disini saya nak berkongsi satu lagi benda yang kita boleh jadikan iktibar, iaitu : Kita Tidak Seharusnya Segan Mengambil Pengajaran Dari Makhluk Yang Rendah Tingkatan Pengetahuannya.

Ya, kadangkala dalam hidup kita, mungkin kita berasa EGO A.K.A  (TAKBUR) untuk menerima nasihat (pengajaran & ilmu) dari orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang hebat-hebat nih (hehehe, tak boleh nak mengalah)... Atau mungkin kita rasa orang yang kasi nasihat (pengajaran & ilmu), tuh bukan lah baik sangat nak kasi advise kat kita... Yalah kekadang orang yang kasi nasihat nih pandai berkata-kata sahaja bukan amalkan pun..T_T huhuhu....

Cuba kita fikir, kalau kita ambik nasihat (pengajaran & ilmu) diorang ... RUGIKAH kita ???

Kalau nasihat (pengajaran & ilmu) diorang  tuh benda yang baik....memberi informasi yang bagus...membawa kita ke arah kemaslahatan (baik)... Sudah tentu ianya TIDAK MERUGIKAN....

Contoh Dialog dan Monolog Yang Saya Rasa Relevan, (contoh ye) :

Kes 1: 
Mr.A -selalu malas pergi surau

Mr. A :  Weyh jom pergi subuh kat surau jom !!! (mengajak orang lain dengan bersungguh2 sambil menggoyangkan2 rakannya yang sedang tidur)
Mr. B :  Hurmmm....pergilah, aku cam malas r~ (Rasa malas bukan sebab penat, tapi sebab rasa Mr. A nih cam eksyen, rasa dah bagus sangat) [huh...sebelum nih bkan rajin pergi surau pun]


hurm x rugikan kalau kita join dia sekali pergi surau kan ??? siap dapat 27 darjat tuh !!!!

Cuba kita renungkan2 puisi kat bawah nih~ :



Usah sangka anda punya mata, anda mampu melihat keindahan khazanah nun di balik gunung
Usah sangka anda punya telinga, anda mampu mendengar getaran laungan dari benua sebelah
Usah sangka anda punya akal, anda mampu berfikir merentasi segala yang ada di langit dan bumi

Kerana,
Mata anda hanya mampu melihat perkara yang mampu anda lihat
Telinga anda hanya mampu mendengar perkara yang mampu anda dengar
Akal anda hanya mampu mimikiri perkara yang mampu anda fikir

Anda dan saya serupa,
Punya keupayaan dan kemampuan yang terbatas

Wajib untuk kita akur,
Hanya Yang Maha Esa mampu mengetahui, melihat dan mendengar segala-galanya.

Maka,
Usah terlalu pantas dan mudah meletakkan sesuatu justifikasi
Hanya menurut penafsiran keupayaan yang terbatas itu!


Istimewa Buat: Mereka yang merasakan diri begitu sempurna dan terlalu cepat membuat jangkaan.

Hehehehe,puisi tuh saya amik kat kawan saya nye blog :Encik Pendebat Terbaik Malaysia... Hurmmm.. buat ape lah kita nak berlagak pandai dan hebat ?? Ilmu yang kita dapat pun adalah rezeki dari Allah S.W.T dan hanya limit kepada apa benda yang kita lihat, dengar, dan baca sahaja..




Well, all I want to say is : apa salahnya kita dengar nasihat (pengajaran & ilmu) kawan2 kita, if the advise are GOOD for us ?????  We shouldn't put our EGO first... x kisah lah sesape pun yang kasi advise tuh... dia musuh kita ke, adik kita, mahupun orang2 asing...  Hurmm It's your choice to listen or not !!!...hohohoho =D


P.S~ Arghhh..... Malaysia kalah 5-3 ngan Singapore

Tuesday, 28 June 2011

Getaran Ukhwah Yang Menusuk Jiwa


Al-kisah satu malam, lepas solat Isyak di Surau As-Salam dan baca doa, aku pun menghulurkan tangan tuk bersalam dengan Tuan Haji T di sebelah kiri. Aku mengukir senyuman di bibirku, dan senyumanku dibalas kembali oleh Tuan Haji T secara ikhlas sambil matanya melihat jauh ke dalam mata aku....sampai terasa cam kena "thundershock" r....

Kemudian aku pun toleh ke kanan nak salam.... hurm orang Iraq kot...Surau kat tempat aku nih ada banyak budak Middle East skit....mahu yang berkulit hitam atau putih.. Biler aku salam Abang Iraq nih, entah camner terasa cam suatu getaran men'zap' aku...Owh~ dengan senyuman dia yang sangat ikhlas,tangan dia memegang erat tangan aku dengan sedikit goncang, dan juga mata yang bersinar-sinar..Ya, aku rasa suatu nikmat jauh di sudut hati aku...Hurm.. mungkin inilah nikmat ukhwah...

Situasi tuh mengingatkan aku kat satu ayat dalam Surah Hujuraat (49:13) :


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah nih pun aku belajar smalam, time ber"bulatan gembira"..hehehe.. Okeyh..pengajaran dari ayat nih kita boleh belajar yang Allah S.W.T tidak memandang seorang tuh based on dia punya kaum, tetapi based on Taqwa seseorang itu.

P.S ~ tak sabar nak kena "Thunderbolt" plak....hohoho



Thursday, 23 June 2011

Sampah Sarap... Memang Menyirap




Oleh kerana rasa sangat menyirap melihat sampah begitu sewenang-wenangnya dicampak, dilempar, dihumban, dan sebagainya oleh individu yang tidak bertanggungjawab, aku pun rasa nak lepas "kenyirapan" aku dengan tulis post nih...Jadi silalah baca post ni membayangkan saya sedang marah..Ger~...

Sebagai permulaan, saya nak kasi satu hadith dulu,rasanya ramai orang dah tahu hadith nih, tapi ada yang masih tak faham-faham...takpe2.. Meyh kita fahamkan....

Hadith ini adalah hadith ke-23 dari kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi:

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. 

(Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Okeyh...dalam hadith nih kita nak "highlightkan " part "Kebersihan itu sebahagian daripada iman". Cuba kita fikir hadith nih dalam versi math:

kebersihan = sebahagian dari iman,

"kebersihan" x de  =  "sebahagian dari iman"  x de

"sebahagian dari iman"  x de = iman tak completelah

Maksudnya, kalau kita buang sampah merata-rata dan tak menjaga kebersihan, iman kita tak lengkaplah ! Saya yakin dengan seyakin-yakinnya yang semua orang tentu mahukan iman yang lengkap dalam dirinya bukan ? Nak ke kita rumah yang separuh siap, berlubang-lubang plak tuh ? Sudah tentu tidak ! 

Sekarang jom kita tengok plak hadith pasal orang yang membuang sampah atau benda:

1. Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:
“Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu pejalan, maka Allah mengutuknya.” (Riwayat Ar Tabrani).
2. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut:
“Siapa yang mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia mengutuknya.”
 3. Dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda:

“Seutama-utama iman ialah mengucap  syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Walaupun kebanyakan hadis di atas adalah lemah kecuali apa yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, perkara ini menguatkan antara satu sama lain bahawa perbuatan tersebut perlu dihindari oleh kaum muslimin dalam apa cara jua cara dan amalan.

Rasanya anda sendiri dah fahamkan bila dah tengok hadith-hadith nih. Lepas nih janganlah lagi buang-buang sampah merata-rata, tak kiralah sampah besar ataupun kecik, mahupun ada orang nampak ke tak kita buang sampah!!! Ketahuilah, Allah S.W.T maha melihat !!! Hadith yang pertama dan kedua tuh ada menyebut kalau orang buang sampah dikutuk Allah S.W.T, malaikat dan manusia. Korang suka ke kalau kena kutuk ? Sekali lagi, mestilah tak !!! 

Oh ya, anda mungkin beranggapan "rilek la..kan ada makcik cleaner, yang nyapu sampah, takkanlah nak bagi gaji free-free jerk ?". Jadi kat sini saya nak kasi lagi satu hadith kepada manusia yang berfikiran sedemikian:

Abu Hurairah r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa melepaskan sesuatu bala' (kesusahan) di antara bala-bala dunia daripada seseorang mukmin, maka Allah akan melepaskan (naffasallah) daripadanya akan suatu bala daripada bala-bala (kurbatan min kurab) pada hari qiamat ; - 

dan barangsiapa mempermudahkan urusan orang yang menghadapi kepayahan (yassara 'ala mu'sirin) maka Allah akan mempermudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat ; 
-dan barangsiapa menutupkan rahsia seorang Islam (satara musliman) maka Allah akan menutup rahsianya (satarallah) di dunia dan di akhirat, dan seterusnya Allah akan menolongi sesorang hamba Allah selama hamba Allah itu menolong saudaranya (wallahu fi 'aunil 'abd ma kaanal 'abdu fi 'auni akhiihi) ; 

-dan siapa yang menjalani suatu jalan yang yang boleh mendapatkan suatu ilmu (thoriiqan yaltamisu fiihi 'ilman) , maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan yang akan menyampaikannya ke syurga (thoriiqan ilal jannah) ; 

-dan tiadalah berkumpul suatu golongan di rumah Allah (tempat ibadat, sekolah, tempat pengajian lain), dan mereka bertadarrus (semak menyemak, faham memahamkan) melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan nikmat (kemanisan dan kesucian iman) dan dinaungi para malaikat (yang membawa keberkatan ke langit dunia), dan mereka disebutkan Allah (dipujikan) kepada siapa-siapa yang ada di sisiNya (malaikat dan anbiya') ; 

-dan siapa yang dilambat (batho a bihi) - dikurangkan, ditinggalkan amalannya ('amaluhu), tidaklah mungkin akan disegerakan padanya (lam yusri' bihi) kemulian keturunannya (nasabuhu) 

[Riwayat Muslim] 

Agak panjang hadith nih. Okeyh perkara yang kita nak sentuh adalah part yang saya boldkan tuh...Konklusi dari hadith nih, kalau kita mempermudahkan urusan orang lain, dekat dunia nih, urusan kita di dunia dan akhirat akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.. Wahh...bukankah sangat besar nikmat tuh..bayangkan urusan kita kat Padang Masyar senang dan dipermudahkan, dahlah time tuh panas yang sangat-sangat terik.. matahari sejengkal owh~ skrunk nih panas skit pun dah melalak....

Pesanan Khas dari saya:
  • Lepas nih jangan dah buang-buang sampah merata-rata, tak kiralah dari tingkap rumah ataupun kereta.
  • Pandai makan, pandailah buang plastik jajan tuh kat tong sampah
Hadith nih saya dapat kat link nih: azzariyat..jenguk-jenguklah

P.S~Saya sangat Anti-Orang Buang Sampah Merata-rata; rasa nak gigit jerk  tangan orang yang buang sampah merata-rata nih..Gerrrr~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...