Monday 20 June 2011

Syaitan, Takbur Dan Neraka



"Nak tegur2 plak aku couple, iman aku lagi tinggi lah..rajin g solat kat masjid plak tuh .."
                         
"Ceyh~ result aku lagi cemerlang, gemilang dan terbilang dari dialah."

"Dahla muka busuk, bawak pun kereta busuk."

"Laptop gua lagi canggih la, siap boleh self-destruct kalo ade pencuri amek. "

"Iman aku lagi power bai dari dia, dia datang surau pun sekali-sekala jerk cam Chipsmore."
"Gua straight A, bukan stakat A plus2...siap A multiply lagi"

"Alah duk rumah flat jerk, gaya cam orang kaya"


Ya, inilah antara contoh Takbur yang berlaku dalam masyarakat kita, atau mungkin pernah kita sendiri yang melakukannya.Hurmmm saya pun pernah. pejam mata..Ish3. Untuk muhasabah diri saya dan juga untuk mentarbiyah kat korang suma, jomlah kita mengenali sedikit sebanyak apa itu Takbur...

Setelah puas mencari-cari kat internet apa maksud Takbur, akhirnya berjaya juga mencari definisi yang saya rasa sangat tepat.. So apa dia ?

Ada kat dua tempat saya dapat definisi nih ( link ada dah disediakan =D ) :
kalau malas baca, baca conclusion yang saya buat 

1. Secara bahasa, takabbur bererti ‘merasa besar’ atau ‘menunjukkan kebesaran’ (at-ta’azum).• Menurut istilah, takabbur bererti menunjukkan kebanggaan pada diri sendiri dengan melecehkan peribadi orang lain dan tidak mahu menerima kebenaran yang datang dari mereka. link:saujana putra

2. Takabbur (kesombongan) atau dikenal dalam bahasa syari’at dengan istilah al-kibr adalah bangga terhadap diri, menganggap rendah orang lain dan tidak mau menerima kebenaran. Inilah yang membedakan takabbur dengan sifat ‘ujub. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadits beliau:
الكبر بطر الحق وغمط الناس
“Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia” (HR. Muslim dari Abdullah bin Mas’ud)
Takabbur dalam makna generiknya semakna dengan ta’azhzhum, yakni menampak-nampakkan keagungan dan kebesaran, merasa agung dan besar. Ia adalah lawan kata dari tawadhdhu’ atau rendah hati. Para ulama mengategorikannya sebagai salah satu penyakit hati yang bahayanya diatas ‘ujub dan ghurur. Kendati demikian ketiga penyakit hati ini sama-sama dapat membinasakan manusia. link: facebook takbur
 

Panjangkan ?hehe..Jadi konklusi yang saya boleh buat adalah, takbur nih ada elemen bangga ngan keupayaan dan harta sendiri disamping memandang rendah dengan apa yang ada kat orang lain. Dia rasa diri dia dah cukup hebat dan langsung tak mahu menerima kebenaran.Oh ya, angkuh, bongkak dan sombong juga dalam kategori Takbur.

Nak tahu tak sebab apa nama entry kali nih "Syaitan, Takbur dan Neraka" ? menarik kan tajuk entry kali nih,ceyh,peegidah~ hehehe... biasanya "Aku, Dia dan Engkau".Ok2, serius... Antara sebab dan musababnya adalah kerana ayat ini: 

Surah Al-Baqarah, Ayat 34 :




Malay:
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Saya yakin yang ramai tahu pasal kisah bagaimana syaitan dilaknati Allah S.W.T dan telah dijanjikan untuk dimasukkan ke neraka kelak kerana sikap takburnya yang tidak mahu tunduk hormat kepada Nabi Adam. Syaitan berasa takbur kerana merasakan dirinya lagi hebat  kerana dibuat dari api, manakala Nabi Adam hanya dibuat dari tanah....Nah..Sudah awal-awal lagi Allah S.W.T ingatkan kita melalui Al-Quran akan buruknya sikap Takbur nih.. Nak ke kita join syaitan dalam neraka sebab sikap Takbur nih.. Nauzubillah..

Nak contoh lagi tak ? Nak ? YA, contoh terdekat ialah golongan YAHUDI . Yahudi ??? Yup..  golongan yahudi telah sesat kerana sifat TAKABBUR mereka. Mereka telah sesat kerana tidak dapat menerima Rasulullah S.A.W sebagai nabi. Kenapa erk, mereka tidak dapat menerima junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi???? Sebelum-sebelum nih, nabi-nabi banyak datang dari Bani Israil,(contohnya ; Nabi Ya'akub, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Yusuf ) akan tetapi Allah telah memilih nabi terakhir iaitu Nabi Muhammad S.A.W  datang dari golongan Arab dan bukannya dari golongan mereka sendiri (Bani Israil). Dan dalam ujian Allah S.W.T nih,  Bani Israil yakni yahudi, telah gagal oleh kerana sikap TAKABBUR mereka 
sendiri. Eyh Ujian ? Ya, Allah S.W.T nak test diorang (Bani Israel) punya iman. Yalah, siapa suruh diorang bunuh nabi-nabi yang telah Allah S.W.T sampaikan untuk mereka..(Nabi Isa).

Nak tahu tak ? Bani Israel pernah dilebihkan atas segala umat oleh Allah S.W.T... biar betul !! Tak percaya ?? Nih ayat Al-Quran tuh:

Surah Al-Baqarah, Ayat 47 :


MALAY:
Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).


Okey, apa yang dimaksudkan nenek moyang adalah nenek moyang mereka yang berada di masa Nabi Musa A.S. tengok rugi tak ? Allah S.W.T kasi diorang pelbagai macam nikmat, tapi diorang masih menolak kebenaran dan ajaran nabi-nabi (sikap TAKBUR tuh)..Nak tahu tak apa nikmat yang Allah S.W.T kasi kat diorang ? Rajinlah2 diri baca Surah Al-Baqarah... hehehe =p


Jika anda anda mempunyai rasa Takbur, takutlah anda kerana ada dalam hadis : 

“Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada takabbur.” (Hadith riwayat Muslim).


Tuntasnya, ingat lah segala apa nikmat yang telah Allah S.W.T kurniakan untuk kita. Banyakla kot~ INGAT, nikmat nih Allah S.W.T yang kasi.. JANGANLAH kita Takbur atas nikmat harta benda, kehenseman, kepandaian, dan kekuatan yang Allah S.W.T kasi kat kita !!!!!! Kalau tak, tak dapatlah nak menjejak ke Syurga...

Apa yang korang baca nih adalah hasil Bulatan Gembira dengan Abang Poji & ikhwah2 MICET....So nak share, sharelah....=)

P.S~ anytime jerk Allah S.W.T boleh tarik nikmat tuh.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...