Monday 6 June 2011

Sikap Murni Mangsa Tsunami di Jepun

Pada 11 Mac yang lalu, Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 skala ritcher serta tsunami sehingga ramai mangsa yang kehilangan harta benda malah nyawa. Namun ini tidak langsung mendorong mereka untuk mengambil barang orang lain. Dilaporkan, setiap hari pasukan sukarelawan dan masyarakat tempatan akan bawa  barang dengan wang ke balai polis sebab x diketahui tuannya.Sekarang nih wang yen yang diserahkan dah mencecah ratusan ribu dolar.

Ada yang penduduk bila balik rumah, jumpa barang yang bukan diorang punya, lalu diorang kasi kt balai polis.... walaupun undang2 kat Jepun mengatakan, sesiapa yang jumpa duit, duit tuh diorang boleh simpan. Kalau diorang x nak simpan duit tuh, so duit tuh akan bertukar milik kepada kerajaaan tempatan atau pemilik bangunan kat mana wang tuh ditemui.

Lagi satu benda yang nak aku share ngan korang ialah time berlakunya tsunami, syarikat pakaian kat jepun macam Uniqlo siap kasi baju first hand, siap ada price tag lagi kat mangsa2 tsunami...

Dua senario yang di atas nih memang berbeda dengan apa yang berlaku kat Malaysia, di mana kalau berlaku banjir besar, akan ada banyaklah kes kecurian dan pecah rumah.. bukan nak tolong, tambah beban lagi adalah.. aku ingat lagi time banjir lebat kat Kedah tahun lepas, laptop lecturer aku, Cikgu Shahir kena curik.. dahlah projek master dia ada kat dalam tuh.. memang kesian arh... hurmmm....mungkin company Malaysia x sampai lagi tahap boleh derma baju first hand, x pelah.... Moga-moga Malaysia dpat menjadi negara dimana rakyatnya dan pemimpin akan menjadi lebih jujur " x de lagi rasuah" serta lebih bermurah hati. InsyaAllah



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...