Tuesday 7 June 2011

Di Sebalik Nama Kapal Rachel Corrie


Rasanya korang mesti tahu kan pasal berita kapal "The Spirit Of Rachel Corrie" yang kena tahan dalam perjalanan ke Palestin untuk misi bantuan kemanusiaan oleh rejim Israel pada 16 Mei 2011. Kapal tuh telah dihalang dengan tindakan agresif tentera zionis yang melepaskan tembakan amaran 6.54 pagi, 16 Mei 2011, waktu Jordan, memaksa kapal tuh diiringi kapal tentera Mesir ke pelabuhan Al Arish. 


Kapal tuh hanya membawa paip PVC seberat 30 tan yang akan diberi kepada penduduk Palestin untuk membina dan membaik pulih sistem pembentungan dan bekalan air di Gaza yang musnah teruk akibat serangan Israel pada Disember 2008 di mana paip PVC itu hanya boleh digunakan untuk  kegunaan saluran bekalan air atau sistem pembentungan saja. 


Tun Dr. Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) sendiri menyatakan bahawa paip tuh bertujuan untuk membaiki sistem pembentungan kumbahan serta  penyediaan loji penapisan air yang musnah. Beliau juga berkata bahawa Israel sepatutnya membenarkan paip itu dihantar ke Gaza sebab air kumbahan yang mengalir ke Laut Mediterranean mungkin akan mencemarkan perairan dan bekalan air kawasan sekitarnya dan akan mencetuskan wabak kepada penduduk Israel sendiri.  


Itulah sedikit sebanyak pasal berita kapal  "The Spirit Of Rachel Corrie". Tapi kali ini, aku berminat nak share dengan korang kenapa kapal itu dinamakan "The Spirit Of Rachel Corrie".
                                                    
                               Kisahnya bermula dengan ini :


 Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).

Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza .

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.

Hurmmmm... tapi siapa dia Rachel Corrie tuh?



Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM).

Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.


Pihak Yahudi yang terkenal dengan sifat yg keji telah menafikannya tetapi bukti dan saksi telah berjaya menunjukkan memang dia telah dilanggar dan dengan sengaja.


Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan. walaupun ketika itu dia memakai baju florescent yang digunakan oleh aktivis bagi menarik perhatian dan mengelakkan dari kemalangan.



Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.

Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.
Cuba bayang kalau kita kena lenyek dengan bulldozer nih dua kali, mau lunyai jadi...... 




                         Here's a video about Rachel Corrie


Kalau orang bukan Islam pun boleh berjuang mempertahankan rumah saudara kita, mengapa kita tidak ? Sekurang-kurangnya kita doakanlah agar saudara kita di Palestin dalam keadaan selamat dan tabah dalam menghadapi segala dugaan .


P.SRasullulah saw telah bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudara nya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri."













 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...