Tuesday 14 June 2011

Pahala Memberi Hutang dan Sedekah

 Pagi nih, aku terbaca tentang perjalanan israk mikraj  Rasulullah S.A.W kat dalam satu buku :


 DALAM perjalanan Israk Mikraj pada malam 27 Rejab, Nabi Muhammad SAW turut diperlihatkan keadaan di syurga dan neraka.  

Rasulullah ketika memasuki syurga dengan diiringi Jibril, melihat sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas di hati manusia. 

Tiba-tiba Rasulullah ternampak beberapa kubah lu'lu' yang ternganga dan Baginda terlihat pada pintu syurga tertulis ayat berbunyi: "Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda." 

Rasulullah hairan mengapakah memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, lantas Baginda pun bertanya kepada Jibril mengenai perkara itu.

Kata Jibril: "Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat." 


So, untuk cari kebenaran benda nih, aku pun search kat internet dan jumpa web nih "white rose" dan isinya lebih kurang sama....Isi yang kat atas nih, aku amek dari web tuh......


Rasanya korang pun dah tau apa dia punya pengajaran : So, kalau kita ada kawan yang dalam kesusahan, jangan rasa berat nak tolong diorang, banyak kot pahala boleh dapat =)











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...