Thursday 16 June 2011

Gunung Berapi Puyehue Meletus

5 Jun baru-baru nih, Gunung Berapi Puyehue, Chile meletus selepas 51 tahun senyap menyepi, last sekali 1960.


Letupan yang berpunca daripada letusan itu turut menghasilkan gas setinggi 10 kilometer. Kerajaan Chile yang sebelum ini mengarahkan 600 berpindah meningkatkan jumlah mangsa yang terbabit kepada 3,500 individu untuk ditempatkan ke kawasan perlindungan yang lebih selamat. Puyehue terletak 870 kilometer di selatan ibu kota Santiago.Gunung berapi Puyehue di selatan Chile meletus buat kali pertama dalam tempoh setengah abad, menghamburkan kepulan abu sehingga ke Argentina. Tidak jelas mana satu antara empat rangkaian gunung berapi itu meletus kerana liputan debu dan keadaan cuaca. Media tempatan melaporkan, bau sulfur yang kuat dapat dihidu dan aktiviti gegaran juga kerap berlaku. Asap debu dari Chaiten memenuhi bandar di Argentina dan dapat dilihat dari angkasa lepas. Gunung berapi Llaima, satu daripada yang paling aktif di Amerika Selatan, meletus pada 2008 dan 2009.


Firman ALLAH S.W.T. dalam Surah Al-Imran ayat 190,mafhumnya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta perbezaan malam dan siang terdapat tanda-tanda kepada orang yang mempunyai akal fikiran.”


Gunung berapi ini kerap menghasilkan kilat di sekitar gunung tatkala ia meletus dan inilah yang membezakan dengan gunung berapi lain yang terdapat di sekeliling dunia. Berpuluh-puluh penerbangan dibatalkan di Amerika Selatan disebabkan debu gunung berapi Puyehue di Chile.Di Argentina, sebanyak 32 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Buenos Aires Ezeiza dan 30 lagi penerbangan dibatalkan di Aeroparque de Buenos Aires yang melibatkan penerbangan domestik dan serantau.Di Sao Paulo, pihak berkuasa Brazil mengumumkan 10 penerbangan ke Argentina dibatalkan, manakala di Santiago sejumlah 16 penerbangan dibatalkan.Pihak berkuasa Chile berkata, aktiviti gunung berapi itu semakin perlahan, tetapi hujan lebat mengundang bencana tanah runtuh yang mengancam penduduk di wilayah itu.

Berita kat atas nih aku baca dan ambil kat blog  wyna. Actually benda yang aku nak share dengan korang adalah gambar-gambar Gunung Berapi Puyehue tuh bila meletus.....









Isn't gorgeous and magnificent ?? Though, it's dangerous...... The last one is my favourite..." Ashes with Thunder Striking Around"

Last but not least, nak share skit surah yang aku rasa ada kaitan dengan peristiwa nih iaitu :




                             Surah Al- Zalzalah

Surah Kegoncangan Surah (99) - Makkiyah - 8 ayat

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

1.     Apabila bumi digegarkan sedahsyat-dahsyat gegarannya.

2.       Dan bumi telah mengeluarkan isi kandungannya.

3.     Dan manusia berkata (ketakutan) mengapa bumi jadi begitu?

4.     Pada hari itu bumi akan menceritakan berita-beritanya.

5.     Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (supaya berlaku demikian).

6.     Pada hari itu manusia akan keluar dari kubur masing-masing dengan berbagai-bagai keadaan untuk diperlihatkan balasan amalan mereka.

7.     Oleh itu barangsiapa yang berbuat amalan kebajikan seberat zarah nescaya ia akan melihat pahalanya.

8.     Dan barangsiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya ia akan melihat balasannya


P.S ~ buatlah perkara baik, walupun benda tuh nampak cam kecik jerk....BTW.. gambar nih aku ambil kat dailymail....

1 comment:

  1. gambar favourite aku the third one.simple but compact content with Al- Zalzalah surah,thanks for the info .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...