Sunday 23 October 2011

Percanggahan Dalam Bible


Mengapa Islam tidak mengiktiraf Bible, 
bukankah beriman kepada kitab 
merupakan salah satu rukun iman ???

Firman Allah S.W.T yang membenarkan kitab-kitab sebelum Al-Quran ( Surah Ali-Imran 3:3) :



"Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil."


Sebelum menjawab persoalan ini lebih baik kita tahu skit pasal Bible nih. Bible mengandungi Old Testament (didakwa Taurat dari Nabi Musa) dan New Testament  (didakwa Injil dari Nabi isa).

Berbalik kepada persoalan kita, kenapa islam tak iktiraf Bible ? Ini adalah kerana Bible bukanlah Injil atau Taurat seperti yang diterangkan dalam Al-Quran. Bible yang dipercayai oleh penganut agama Kristian sebagai Injil dan Taurat adalah kumpulan buku-buku yang ditulis oleh paderi, alim kristian dan penulis yang tidak dikenali. Senang cerita, Bible sekarang nih tak betullah sebab ayat dari Allah dah diedit oleh manusia. 

Malah, terdapat banyak percanggahan dalam Bible yang membuktikan Bible nih dah diedit oleh manusia dan bukanlah ayat dari Allah S.W.T yang Maha Mengetahui. 




Antara percanggahan dalam Bible adalah:

1. Tidak pernah lihat Allah:

Tidak seorangpun yang pernah melihat Allah; tetapi Anak Tunggal Allah, yang ada dipangkuan Bapa, Dialah yang menyatakanNya (John 1;18)

Namun terdapat beberapa ayat yang menyatakan ada orang lain yang pernah melihat Allah, contohnya:

Ayat 1 :

Kemudian Tuhan menampakkan diri kepada Abraham dekat pohon tarbantin di Mamre, sedang ia duduk di pintu kemahnya waktu hari panas terik  (Genesis 18;1).

Ayat 2:

Yakub menamai tempat itu Pniel, sebab katanya: :Aku telah melihat Allah berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong" ( Genesis 32;23).


2. Bilangan yang dibunuh:

"Tetapi orang Aram itu lari dari hadapan orang Isreal, dan Daud membunuh dari orang Aram itu 700 ekor kuda kereta dan 40 000 orang berpasukan berkuda. Sobakh, panglima tentera mereka dilukainya sedemikian, hingga ia mati di sana. " (11 Samuel 10;18).


"Tetapi orang Aram itu lari dari hadapan orang Isreal, dan Daud membunuh 700 000 ekor kuda kereta dan 40 000 orang berpasukan berjalan kaki; juga Sofakh , panglima tentera mereka dibunuhnya." (1 Tawarikh 19;18).


Dari kedua-dua ayat nih terdapat dua fakta yang berbeza dalam kes yang sama. Kalau Bible adalah firman tuhan, bagaimana percanggahan yang ketara nih boleh terjadi ?


3. Umur: 

Dalam tahun ke-12 zaman Yoram, anak Ahab raja Isreal, Ahazia, anak Yoram raja yehuda, menjadi raja. Dia berumur 22 tahun pada waktu dia menjadi raja dan setahun lamanya dia memerintah Yerusalem. (II King 8;25-26)


Dengan demikian Ahazia, anak Yoram raja Yahuda, menjadi raja. Ahazia berumur 42 tahun pada waktu dia menjadi raja dan setahun lamanya dia memerintah Jerusalem. (II Tawarikh 22;1-2)


Dalam kedua-dua ayat di atas juga terdapat percanggahan fakta tentang umur Ahazia menjadi raja sama ada 22 atau 42 tahun.

Terdapat banyak lagi percanggahan lagi dalam Bible. Namun cukuplah dengan contoh nih yang menunjukkan Bible bukanlah ayat dari Allah S.W.T, tetapi ianya hanyalah hasil tulisan manusia seperti yang didakwa Allah S.W.T dalam  (Surah Al-Baqarah 2:79) :




"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu."


Konklusinya, Islam tidak mengiktiraf Bible kerana Bible bukanlah Injil atau Taurat. Jika Bible adalah dari tuhan, sudah pasti tidak terdapat kesalahan atau percanggahan dalamnya kerana sudah pasti tuhan yang mencipta alam yang indah dengan begitu sempurna ini Maha Mengetahui dan tidak mempunyai sebarang cacat cela.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...