Thursday 23 June 2011

Sampah Sarap... Memang Menyirap




Oleh kerana rasa sangat menyirap melihat sampah begitu sewenang-wenangnya dicampak, dilempar, dihumban, dan sebagainya oleh individu yang tidak bertanggungjawab, aku pun rasa nak lepas "kenyirapan" aku dengan tulis post nih...Jadi silalah baca post ni membayangkan saya sedang marah..Ger~...

Sebagai permulaan, saya nak kasi satu hadith dulu,rasanya ramai orang dah tahu hadith nih, tapi ada yang masih tak faham-faham...takpe2.. Meyh kita fahamkan....

Hadith ini adalah hadith ke-23 dari kitab hadith 40 karangan Imam Nawawi:

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. 

(Hadith riwayat al-lmam Muslim)

Okeyh...dalam hadith nih kita nak "highlightkan " part "Kebersihan itu sebahagian daripada iman". Cuba kita fikir hadith nih dalam versi math:

kebersihan = sebahagian dari iman,

"kebersihan" x de  =  "sebahagian dari iman"  x de

"sebahagian dari iman"  x de = iman tak completelah

Maksudnya, kalau kita buang sampah merata-rata dan tak menjaga kebersihan, iman kita tak lengkaplah ! Saya yakin dengan seyakin-yakinnya yang semua orang tentu mahukan iman yang lengkap dalam dirinya bukan ? Nak ke kita rumah yang separuh siap, berlubang-lubang plak tuh ? Sudah tentu tidak ! 

Sekarang jom kita tengok plak hadith pasal orang yang membuang sampah atau benda:

1. Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:
“Barang siapa meletakkan benda di jalan yang mengganggu pejalan, maka Allah mengutuknya.” (Riwayat Ar Tabrani).
2. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi disebut:
“Siapa yang mengotori jalan kaum Muslimin: Allah, Malaikat dan semua manusia mengutuknya.”
 3. Dalam sebuah hadis, Nabi saw bersabda:

“Seutama-utama iman ialah mengucap  syahadah. Serendah-rendahnya ialah membuang gangguan di jalanan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Walaupun kebanyakan hadis di atas adalah lemah kecuali apa yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, perkara ini menguatkan antara satu sama lain bahawa perbuatan tersebut perlu dihindari oleh kaum muslimin dalam apa cara jua cara dan amalan.

Rasanya anda sendiri dah fahamkan bila dah tengok hadith-hadith nih. Lepas nih janganlah lagi buang-buang sampah merata-rata, tak kiralah sampah besar ataupun kecik, mahupun ada orang nampak ke tak kita buang sampah!!! Ketahuilah, Allah S.W.T maha melihat !!! Hadith yang pertama dan kedua tuh ada menyebut kalau orang buang sampah dikutuk Allah S.W.T, malaikat dan manusia. Korang suka ke kalau kena kutuk ? Sekali lagi, mestilah tak !!! 

Oh ya, anda mungkin beranggapan "rilek la..kan ada makcik cleaner, yang nyapu sampah, takkanlah nak bagi gaji free-free jerk ?". Jadi kat sini saya nak kasi lagi satu hadith kepada manusia yang berfikiran sedemikian:

Abu Hurairah r.a memberitakan Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa melepaskan sesuatu bala' (kesusahan) di antara bala-bala dunia daripada seseorang mukmin, maka Allah akan melepaskan (naffasallah) daripadanya akan suatu bala daripada bala-bala (kurbatan min kurab) pada hari qiamat ; - 

dan barangsiapa mempermudahkan urusan orang yang menghadapi kepayahan (yassara 'ala mu'sirin) maka Allah akan mempermudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat
-dan barangsiapa menutupkan rahsia seorang Islam (satara musliman) maka Allah akan menutup rahsianya (satarallah) di dunia dan di akhirat, dan seterusnya Allah akan menolongi sesorang hamba Allah selama hamba Allah itu menolong saudaranya (wallahu fi 'aunil 'abd ma kaanal 'abdu fi 'auni akhiihi) ; 

-dan siapa yang menjalani suatu jalan yang yang boleh mendapatkan suatu ilmu (thoriiqan yaltamisu fiihi 'ilman) , maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan yang akan menyampaikannya ke syurga (thoriiqan ilal jannah) ; 

-dan tiadalah berkumpul suatu golongan di rumah Allah (tempat ibadat, sekolah, tempat pengajian lain), dan mereka bertadarrus (semak menyemak, faham memahamkan) melainkan akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan nikmat (kemanisan dan kesucian iman) dan dinaungi para malaikat (yang membawa keberkatan ke langit dunia), dan mereka disebutkan Allah (dipujikan) kepada siapa-siapa yang ada di sisiNya (malaikat dan anbiya') ; 

-dan siapa yang dilambat (batho a bihi) - dikurangkan, ditinggalkan amalannya ('amaluhu), tidaklah mungkin akan disegerakan padanya (lam yusri' bihi) kemulian keturunannya (nasabuhu) 

[Riwayat Muslim] 

Agak panjang hadith nih. Okeyh perkara yang kita nak sentuh adalah part yang saya boldkan tuh...Konklusi dari hadith nih, kalau kita mempermudahkan urusan orang lain, dekat dunia nih, urusan kita di dunia dan akhirat akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.. Wahh...bukankah sangat besar nikmat tuh..bayangkan urusan kita kat Padang Masyar senang dan dipermudahkan, dahlah time tuh panas yang sangat-sangat terik.. matahari sejengkal owh~ skrunk nih panas skit pun dah melalak....

Pesanan Khas dari saya:
  • Lepas nih jangan dah buang-buang sampah merata-rata, tak kiralah dari tingkap rumah ataupun kereta.
  • Pandai makan, pandailah buang plastik jajan tuh kat tong sampah
Hadith nih saya dapat kat link nih: azzariyat..jenguk-jenguklah

P.S~Saya sangat Anti-Orang Buang Sampah Merata-rata; rasa nak gigit jerk  tangan orang yang buang sampah merata-rata nih..Gerrrr~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...