Tuesday 26 July 2011

Sifat-sifat Mazmumah



Imam ghazali menggariskan sifat mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian:


1.Gemar makan dan minum: nanti dah kenyang, susah nak buat ibadah..haha cuba tengok cam iklan "eno"..tak ke susah..pastuh kalau dah terlebih kenyang rasa nak tidur jerk.. penjelasan saintifik : sebab time hormon insulin tukarkan starch (makanan yg korang makan) jadi glycogen, akan ada satu hormone yang menyebabkan kita ngantuk keluar sekali.


2.Banyak berkata-kata (yang sia-sia): ngumpat, menghina, dusta dan bertengkar dalam kategori nih yerk. Banyak berkata-kata benda yang sia-sia nih sangat x cool ye rakan-rakan. Bila korang kutuk kawan korang, sebenarnya korang yang memburukkan diri korang, menampakkan betapa busuknya korang.


3.Marah : nih kes orang yang tak sabar la nih...hati-hati !! syaitan akan selalu mencucuk-cucuk korang..agak-agak tengah marah pergi la amek wudhuk kasi cool sikit..
kalau tengah marah time berdiri,duduk, kalau x ok jugak, baring secara mengiring plak.


Suatu hari, seorang sahabat Rasulullah datang berjumpa dengan baginda untuk meminta nasihat. "Jangan marah" jawab Rasulullah. Baginda mengulang ayat yang sama sebanyak tiga kali.


4.Hasad, dengki dan iri hati : yang nih plak disebabkan rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain. Kita seharusnya belajar bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita. Rezeki yang Allah dah kasi kat kita pun tak reti nak bersyukur, nak banyak-banyak lagi plak.


5.Kasih pada harta : hey, tak salah kalau kaya dan mewah, tapi kalau bakhil, tamak dan membazir tuh yang x molek tuh... try-try lah sedekah harta anda ok, supaya sifat kedekut tuh dapat dikikis.


6.Takbur: Antara sebab takbur ialah keturunan, kekuasaan, kecantikan, kekayaan, kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat (menunjuk-nunjuk).


7.Riyak: Sifat ni plak disebabkan orang nak bagi orang lain nampak yang dia nih buat amalan baik-baik semata-mata nak pujian, pangkat, dan kedudukan. Buatlah ibadat ikhlas kerana Allah S.W.T. sang pencipta bukan untuk manusia,yang hanya hamba kepada yang Esa.


8.Ujub: sifat sombong yang selalu ada kat orang yang soleh sebab rasa cam dah banyak beramal dan beribadah. Ujub nih boleh makan amal soleh kita tau..takutkan ?


9.Kasih akan dunia: sikap inilah yang menyebabkan rakan-rakan kita di Palestine, Selatan Thai, Mindanao, Bosnia Herzegovina, Cechnya, Kashmir, Iraq, Afghanistan dan kini di Libya sengsara akibat ditindas oleh musuh-musuh Islam, walhal bilangan kita ramai. Rasulullah pernah meramalkan perkara ini 1500 tahun yang lalu:


 Dari Tsauban bin Bajdad, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “Hampir saja bangsa-bangsa berkumpul menyerang kalian sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan di dalam dulang. Salah seorang sahabat bertanya, “Apakah karena sedikitnya jumlah kami pada saat itu?” Beliau menjawab, “Bahkan pada saat itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih, buih aliran sungai. Sungguh Allah benar-benar akan mencabut rasa takut pada hati musuh kalian dan sungguh Allah benar-benar akan menghujamkan pada hati kalian rasa wahn.” Kemudian seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (H.R. Abu Daud dan Ahmad)


Bila kita terlampau kasih akan dunia dan hati berpaut kepada kesenangan duniawi, maka kita akan takutkan mati. Dari Abu Hurairah r. a katanya: 'Rasulullah s.a.w bersabda: 'Dunia Penjara Bagi Orang Mukmin dan Syurga Bagi Orang Kafir.'


P.S~ doa2 agar kita tak mempunyai sifat-sifat mazmumah nih dalam diri kita, sebaliknya sifat-sifat mahmudah yang mendampingi kita..amin...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...