Saturday 23 July 2011

See The Speech Not The Speaker


Sebagai starter, izinkan saya mulakan coretan ini dengan cerita pembunuhan Habil oleh Qabil dalam Al-Quran ok ;)  :

Surah Al Maa-Idah, ayat 27-31 :

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;

"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;

"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".

Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.

Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.

Agaknya apa yang kita boleh pelajari ? 
  • Membunuh tuh satu dosa
  • Allah menerima ibadah orang yang bertaqwa
  • nafsu selalu mendorong kita untuk berbuat jahat
Akan tetapi disini saya nak berkongsi satu lagi benda yang kita boleh jadikan iktibar, iaitu : Kita Tidak Seharusnya Segan Mengambil Pengajaran Dari Makhluk Yang Rendah Tingkatan Pengetahuannya.

Ya, kadangkala dalam hidup kita, mungkin kita berasa EGO A.K.A  (TAKBURuntuk menerima nasihat (pengajaran & ilmu) dari orang lain. Lebih-lebih lagi orang yang hebat-hebat nih (hehehe, tak boleh nak mengalah)... Atau mungkin kita rasa orang yang kasi nasihat (pengajaran & ilmu), tuh bukan lah baik sangat nak kasi advise kat kita... Yalah kekadang orang yang kasi nasihat nih pandai berkata-kata sahaja bukan amalkan pun..T_T huhuhu....

Cuba kita fikir, kalau kita ambik nasihat (pengajaran & ilmu) diorang ... RUGIKAH kita ???

Kalau nasihat (pengajaran & ilmu) diorang  tuh benda yang baik....memberi informasi yang bagus...membawa kita ke arah kemaslahatan (baik)... Sudah tentu ianya TIDAK MERUGIKAN....

Contoh Dialog dan Monolog Yang Saya Rasa Relevan, (contoh ye) :

Kes 1: 
Mr.A -selalu malas pergi surau

Mr. A :  Weyh jom pergi subuh kat surau jom !!! (mengajak orang lain dengan bersungguh2 sambil menggoyangkan2 rakannya yang sedang tidur)
Mr. B :  Hurmmm....pergilah, aku cam malas r~ (Rasa malas bukan sebab penat, tapi sebab rasa Mr. A nih cam eksyen, rasa dah bagus sangat) [huh...sebelum nih bkan rajin pergi surau pun]


hurm x rugikan kalau kita join dia sekali pergi surau kan ??? siap dapat 27 darjat tuh !!!!

Cuba kita renungkan2 puisi kat bawah nih~ :



Usah sangka anda punya mata, anda mampu melihat keindahan khazanah nun di balik gunung
Usah sangka anda punya telinga, anda mampu mendengar getaran laungan dari benua sebelah
Usah sangka anda punya akal, anda mampu berfikir merentasi segala yang ada di langit dan bumi

Kerana,
Mata anda hanya mampu melihat perkara yang mampu anda lihat
Telinga anda hanya mampu mendengar perkara yang mampu anda dengar
Akal anda hanya mampu mimikiri perkara yang mampu anda fikir

Anda dan saya serupa,
Punya keupayaan dan kemampuan yang terbatas

Wajib untuk kita akur,
Hanya Yang Maha Esa mampu mengetahui, melihat dan mendengar segala-galanya.

Maka,
Usah terlalu pantas dan mudah meletakkan sesuatu justifikasi
Hanya menurut penafsiran keupayaan yang terbatas itu!


Istimewa Buat: Mereka yang merasakan diri begitu sempurna dan terlalu cepat membuat jangkaan.

Hehehehe,puisi tuh saya amik kat kawan saya nye blog :Encik Pendebat Terbaik Malaysia... Hurmmm.. buat ape lah kita nak berlagak pandai dan hebat ?? Ilmu yang kita dapat pun adalah rezeki dari Allah S.W.T dan hanya limit kepada apa benda yang kita lihat, dengar, dan baca sahaja..




Well, all I want to say is : apa salahnya kita dengar nasihat (pengajaran & ilmu) kawan2 kita, if the advise are GOOD for us ?????  We shouldn't put our EGO first... x kisah lah sesape pun yang kasi advise tuh... dia musuh kita ke, adik kita, mahupun orang2 asing...  Hurmm It's your choice to listen or not !!!...hohohoho =D


P.S~ Arghhh..... Malaysia kalah 5-3 ngan Singapore

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...