Tuesday 9 August 2011

Misiku Sebagai Manusia Yang Cool Lagi Beriman :: Part 1




Pernahkah anda terasa 'lost' di dunia nih, seolah-olah dunia ini tiada hala tuju ?

Atau anda mungkin tertanya-tanya apakah asbab & musabab anda diciptakan ?


Kalau kita renung-renungkanlah, setiap benda yang wujud di muka bumi ini mempunyai 'function' mereka yang tersendiri. Malah bakteria yang kecik cinonet pun mempunyai 'function' mereka tersendiri. huhuhu (jawapan santifik: menguraikan bahan organik dan mengikat nitrogen di atmosfera). Kalau bakteria yang kecil molek nih pun mempunyai 'function' mereka tersendiri, apatah lagi kita nih sebagai manusia yang Allah S.W.T  telah ciptakan sebagai sebaik-baik penciptaan.

Surah At-Tin (95:4) :


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Kalau ada orang tanya kita apa "function" handset, sudah pasti kita dapat menjawabnya dengan pantas "tuk call, sms, dengar lagu, main angry birds dan berfacebook". hehehe =P

Tapi kalau orang tanya kita apa "function" manusia ? Mungkin kita pening untuk menjawabnya, mungkin lagi susah dari jawab soalan thermodynamic. X_X

Hohoho...Tapi jangan risau, Allah S.W.T sudah terang-terang menjelaskan "function" manusia di dalam Al-Quran dalam surah Adh-Dhariyat (51:56) :  


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Okey kat sini nak highlightkan "Melainkan Untuk Mereka Menyembah Dan Beribadah kepadaKu".  Perkataan "melainkan" membawa maksud bahawa  Allah S.W.T mencipta kita hanya untuk menyembah dan beribadah kepada-Nya sahaja, takde sebab lain dah. 


Hah !!! habis tuh 24 jam kita kena solat, berzikir, baca Al-Quran jelah, tak boleh nak main bola, belajar, even tidur pun ??? Gulp.... Hurmmm.... inilah masalah penduduk muka bumi Malaysia yang menafsirkan ibadat hanya sebagai amalan-amalan seperti solat, zikir ,baca Al-Quran, etc.

Ibadah dalam Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep dan amalan-amalan lain-lain agama atau kepercayaan. Ianya bukan perbuatan mengasingkan diri, menolak dan meninggalkan kehidupan dunia sebagaimana yang dipelopori oleh golongan “asceiimo”. Ianya juga bukan terbatas kepada tempat-tempat tertentu sahaja atau hanya dilakukan melalui perantaraan orang-orang yang tertentu atau dewa-dewa yang dipilih dan dibuat khas untuk tujuan ini, tanpa mereka amalan seseorang itu tidak akan diterima. 

Islam mempunyai keistimewaan dengan menjadikan seluruh kegiatan manusia sebagai ‘ibadah apabila ia diniatkan dengan penuh ikhlas kerana Allah demi untuk mencapai keredaan-Nya serta dikerjakan menurut cara-cara yang disyari’atkan oleh-Nya. Islam tidak menganggap ‘ibadah-’ibadah tertentu sahaja sebagai amal salih malah ia meliputi segala kegiatan lain, seperti menuntut ilmu, tidur, mandi, dan bergaul dengan member-member. sumber: konsep ibadah


Jadi ingatlah 'function" kita hidup kat dunia nih ok, untuk beribadah kepada Allah S.W.T.  dan melakukan apa-apa kerja pun kerana ingin mendapat keredhaanNya. ;D












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...