Monday 15 August 2011

Sembang-sembang Kurma


Rasanya semua orang tahu yang kurma, tamar atau nama saintifiknya Phonex dactylifera mempunyai banyak kelebihan. Tapi ramai orang tak tahu secara detail apa kelebihan kurma. Jadi jom kita mengenali Cik Abang Kurma dengan lebih lanjut ----->

Kelebihan Kurma :

1. Mengandungi lebih 15 jenis garam dan mineral :

Apa function mineral erk ? Hurm banyak kot... (tak tahu jawapan), tapi ringkas kata "Kita manusia kan diperbuat dari tanah, tanah tanpa mineral kan tak subur ? ". Eyh kalau camtuh manusia takde mineral nih tak subur lah ? erk... Selain itu, kurma juga mempunyai 23 jenis amino acid yang tak ada kat buah-buah yang famous macam oren, epal dan pisang.

2. Boleh kasi instant energy :

Gula yang banyak kat dalam kurma adalah daripada kumpulan glucose dan fructose. Kalau belajar bio, gula ini juga dikenali sebagai invert sugars, dan antara kelebihannya gula nih boleh diserap masuk ke dalam badan dengan segera tanpa melalui proses penghadaman macam gula lain. Mungkin tuh hikmahnya kita digalakkan buka puasa dengan makan kurma setelah penat seharian tak makan dan minum untuk kasi energy balik kat kita dengan cepat.
    
3. Bagus untuk perempuan mengandung :

Dalam Al-Quran sendiri tercatat satu kisah seorang perempuan mengandung yang makan kurma.

Surah Maryam ( 19:22-26) :

Maka Maryam hamillah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".

Ya, perempuan yang disebut itu tidak lain dan tidak bukan Maryam, ibu kepada Nabi Isa. Mesti ada sebab Allah menurunkan perintah untuk Maryam makan buah kurma. Mengikut kajian sekarang, kurma kaya dengan zat besi dan magnesium. Magnesium nih dahlah susah nak cari dalam bentuk semula jadi, sedangkan Magnesium nih penting untuk blood circulation para kaum ibu. Zat besi dan Kalium plak penting untuk membentuk susu ibu. Time nak lahirkan anak (labour), kadar gula dalam gula dalam darah akan turun dan mengakibatkan si ibu kelesuan. Dengan makan kurma, dapatlah tenaga disupplykan untuk si ibu sebab kurma mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi (44-88%).

4. Pencegah sakit untuk bayi : 

Macam mana bayi nak makan kurma besar gedabak tu kan ? hehe.. Jawapannya ialah dengan tahnik. Tahnik nih amalan sunah yang nabi buat untuk bayi yang baru lahir dengan cara menggosok lelangit bayi dengan buah kurma yang lembut. Mula-mula kurma dikunyah, pastuh letak kat jari, kemudian dimasukkan jari ke dalam mulut bayi dan digerak-gerakkan jari tuh ke kanan dan kiri dengan lembut sampai lelangit semua dipenuhi dengan kurma.

Antara hadis yang yang menyatakan nabi mentahnikkan bayi :

Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

Satu kajian kat London telah buat kajian kat 60 orang. Diorang diberi larutan sucrose pelbagai concentration dan air distilled water sebagai control variable dalam tempoh 1-6 hari. Lepas bayi ni diberi sucrose, mereka dicucuk untuk test darah diorang. Tempoh masa bayi menangis yang diberi larutan sucrose hanya sekejap berbanding yang minum distilled water. Jadi mereka concludekan yang gula dapat menjadi bahan pencegah sakit bagi baby-baby yang baru lahir. Jadi perbuatan mentahnik nih bukanlah perbuatan yang masuk akal yang ada certain-certain orang cakap.

5. Mampu mencegah kanser: 

Sebab kurma ada selenium yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan. Mungkin sebab tuh orang-orang sahara yang selalu makan kurma jarang kena cancer.


6. Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadis tentang kelebihan kurma :

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma(Hadis Riwayat Bukhari).

Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)

Jadi kita boleh tengok ada banyak kelebihan kurma kan ? Sesuailah dengan darjat kurma yang dilebihkan lagi oleh Allah S.W.T. dari buah-buah yang lain dalam Al-Quran :

Surah Ar-Ra'd (13:4) :


Dan di bumi ada beberapa potong tanah yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang berumpun dan yang tidak berumpun; semuanya disiram dengan air yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang (mahu) berfikir serta memahaminya.


P.S ~ ingat kurma, ingat Yusuf Taiyob..hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...