Monday 25 July 2011

Dunia : Peperiksaan Yang Sebenar Bagi Manusia

Baru-baru nih aku ada baca sebuah buku yang bertajuk "Apa Ertinya Saya Menganut Islam", buku nih banyak memberi aku kefahaman yang sebenar terhadap Islam. Even, kawan aku yang dai'e pun cakap buku nih memang bagus. Antara isi kandungan buku nih adalah asas-asas jati diri Islam yang perlu ada pada setiap muslimin dan muslimat. Time baca buku nih malam semalam aku ada baca part yang menarik, nak tau apa dia ? Jom....Zasss... 


Abu Dzar bertanya  tentang inti pati suhuf Musa A.S. Sabda Baginda, “Kesemuanya adalah pengajaran; 
Aku hairan (melihat) bagaimana seseorang yang yakin dengan mati kemudian beliau (masih) bergembira.  
Aku hairan (melihat)  seorang yang yakin terhadap neraka, kemudian beliau (masih) ketawa.
Aku hairan (melihat)  orang yang yakin dengan ketentuan Allah S.W.T., kemudian beliau (masih) kecewa.
Aku hairan (melihat) orang yang melihat bagaimana dunia memutar-belikan penghuninya kemudian beliau (masih) boleh tenang terhadap dunia.
 Aku hairan (melihat) orang yang yakin dengan wujudnya hari hisab, kemudian beliau masih lagi tidak beramal.”
(Hadis riwayat Ibn. Hibban)


Hadis nih telah membuat aku sedar yang aku nih masih lagi lalai terhadap kemewahan dunia. Yalah aku dah tau yang satu hari nanti aku akan mati dan amalan aku akan dihisab, tapi aku masih boleh main game kat handset, tengok movie omputih, tengok cerita korea, baca komik2 Gempak , tidur yang overdose dan pelbagai lagi benda yang melalaikan. Bukankah Allah S.W.T mengingatkan kita di dalam Al-Quran, yang setiap makhluk yang bernyawa akan merasai mati ?



Surah Al-Imran (3:185) :Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.


Kita hidup kat dunia sekejap jerk. Cuba tengok tahun-tahun yang dah kita lalui, sekejap bukan ? Kat akhirat nantilah destinasi kita yang terakhir, syurga atau neraka. Kat situlah kita duduk "forever and after". Dunia nih hanyalah tempat yang Allah cipta untuk tengok amalan kita :



Surah Hud (11:7) :Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)".

Jadi, sementara kita masih hidup kat dunia nih, bekalkanlah untuk akhirat dengan amalan yang baik dan berfaedah kat dunia nih cam Baca Al-Quran, Sedekah, Berzikir, Membantu orang lain, Berdakwah... Anggap kita hidup kat dunia nih cam satu test besar. Kalau kita ada apa2 test pun kita selalu buat preparation kan ? Sama gak dengan "Test Dunia" nih...kena prepare kau-kau punyer.



Surah Al-An'Am (6:32) : Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?

Last but not least, dunia nih memang melalaikan, so marilah kita sedar dan beramal dengan amalan yang baik dan berfaedah..untuk kebaikan diri kita jugak..Udah-udahlah buat benda tak berfaedah...Sesungguhnya, akhiratlah tempat yang lebih baik bagi orang bertakwa.

Janganlah kita sangka yang amalan kita nih dah cukup untuk membawa kita ke syurga, kalau diri kita masih alpa dengan dunia nih. Nih link untuk orang-orang yang rasa amalan mereka dah cukup untuk akhirat :top-up amalan kita


P.S.~ Nasihat dan pedoman ikhlas buat diriku dan sahabaku sekalian.

1 comment:

  1. erm, agak touching baca entry ni. mmg manusia cepat lupa dan leka ngan hal2 dunia. hopefully ramadhan ni dapat kita tambah amalan. Bulan puasa nanti masa untuk kita sucikan diri kita dari dosa2 kecil. Dah habis bulan ramadhan nanti kita seolah2 baby yang bersih dari dosa. Harap2 kita dapat kekalkan besucian kita nanti. Amin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...