Friday 19 August 2011

Jom Cari Kesalahan Al-Quran :: Part 1


Di dalam surah An-Nisa' ayat ke-82, Allah S.W.T menyatakan bahawa jika Al-Quran ditulis atau didatangkan selain dari Allah S.W.T, sudah tentu ada banyak kesalahan dan perselisihan di dalamnya. Jadi kalau kita boleh mencari satu kesalahan atau perselisihan dalam mana-mana ayat Al-Quran, bermakna Al-Quran bukanlah dikarang oleh Allah S.W.T dan Al-Quran itu hanyalah kitab biasa yang dikarang manusia.

Surah An-Nisa' (4:82)


"Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya."

Dan jika kita boleh cari walau satu pun kesalahan atau ayat yang meragukan dalam Al-Quran, kita juga dapat membuktikan kata-kata Allah S.W.T hanyalah dusta dan menipukan kerana dalam surah Al-Baqarah ayat yang ke-2, Allah S.W.T menyatakan Al-Quran sebagai kitab yang tiada keraguan di dalamnya.

Surah Al-Baqarah (2:2)


"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"

Cuba kita fikir balik, kalau ada orang pernah tipu kita, kita akan percaya ke tak orang tuh ? Uhhh... sudah tentu tidak.  

Jadi soalan 'cepu mas' sekarang macam mana kita nak tahu tiada satu zarah kesalahan pun dalam 
Al-Quran ? Hurmm....sudah tentu kita kena kaji dulu bukan ? Kalau ada orang dituduh membuat kesalahan merompak, sudah tentu kita akan siasat dia dulu bukan ? Atau kat MRSM dan SBP, kita kena spot check satu-satu semua benda dalam bilik, beg, baju, bawah loker,dan tandas juga (hehehehe...) sebab nak pastikan kita buat kesalahan ke tak (bawak handset,rokok,laptop merupakan satu kesalahan tau).

Jadi, apakata kita mulakan 'spot check' kita dengan Surah Al-Masad, yang Allah S.W.T kata; Abu Lahab serta isterinya akan masuk ke neraka dan menjadi bahan api di dalamnya.


Surah Al-Masad (111:1-5)



"Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!
Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.
Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.
Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. 
Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal."

Selepas diturunkan ayat ini, Abu Lahab masih hidup selama 10 tahun, bukannya terus mati selepas itu. Kalau Abu Lahab lepas dengar ayat nih, dia takut lalu insaf, masuk Islam dan bertaubat setaubat-taubatnya bukankah membuktikan ayat-ayat dalam Surah Al-Masad salah ? Yalah, kalau dia bertaubat dan masuk Islam, mesti dia tak pergi neraka dan masuk syurga. Tetapi dalam ayat nih, Allah S.W.T dah cakap siang-siang yang Abu Lahab akan masuk neraka, walaupun Abu Lahab mempunyai masa 10 tahun untuk bertaubat dan masuk Islam.

Ini bermakna Allah S.W.T yang maha mengetahui, tahu bahawa Abu Lahab tak akan insaf dan bertaubat langsung, sebab itu Allah S.W.T berfirman yang Abu Lahab akan masuk neraka. Dan ini merupakan perkara yang benar kerana Abu Lahab mati dalam keadaan kafir. Diriwayatkan Abu Lahab meninggal dunia selepas berlakunya peperangan Badar walaupun dia tak join perang nih. Dia mati terkejut kerana tentera musyrikin yang seramai 1000 orang boleh kalah dengan 313 tentera muslim. Sedangkan dia dah belanjakan banyak wang untuk menbiayai perang tersebut. selepas demam beberapa hari, Abi Lahab akhirnya mati. Namun mayat Abu Lahab cepat membengkak dan membusuk menyebabkan ahli keluarganya tak sanggup menguruskan jenazah dia. Jadi jalan terbaik ialah mereka menendang jenazah Abu Lahab terus masuk ke lubang kubur dengan penuh kehinaan.


Manakala, isteri Abu Lahab juga mati dalam kekafiran. Isteri Abu Lahab, Hindun bt. Harb suka menyakiti nabi dengan meletak duri di jalan yang Rasulullah lalu. Dan pada suatu hari, dia membawa seikat duri untuk dicampak. Tetapi kerana penat , dia berehat di atas batu. kemudian datang malaikat menarik dari belakangnya dengan tali yang ada di lehernya lalu menjerutnya sehingga mati.

Jadi setakat nih, kita tak jumpa lagi kesalahan dalam Al-Quran, dan benarlah Al-Quran didatangkan oleh Allah S.W.T. Diharap dengan meng'spot check' ayat-ayat Al-Quran nih kita dapat men'up'kan iman kita bahawa Al-Quran merupakan mukjizat dari Allah S.W.T.

Ada banyak lagi benda nak dishare...

So stay tuned guyz for more 'spot check' session ;D
  

3 comments:

  1. suka dengan post ini.
    tak sabar nak tunggu sambungannya.

    ReplyDelete
  2. nisa: tunggu nak dapat feel rajin tulis dlu..idea dah ada..huhuu

    aziera : dari tajuk nih kita boleh tengok iman seseorang tuh... InsyaAllah kalau iman kuat, dia akan yakin Al-Quran tuh x de salah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...