Thursday 16 June 2011

Apa Yang Dimaksudkan dengan Islam ?


Tadi aku terjumpa blog Ini Sejarah Kita (ISK)... Bila baca post kat blog tuh... aq ternampak satu post yang aku rasa sangat syok bila baca,jadi aku pun  rasa nak share ngan korang :

Apabila kita berada dalam masjid untuk bersolat jemaah, siapakah yang akan ditolak untuk menjadi imam? Lelaki yang berjubah dan berjanggut panjang atau lelaki yang hanya berseluar jeans?
Saya pasti, kebanyakan daripada kita sudah tentu akan menolak si lelaki yang berjubah tadi, walaupun tidak kenal latar belakangnya. Malah, mungkin ada orang yang melihat lelaki berseluar jeans tadi sebagai pelik – pakaian yang tidak sesuai untuk bersolat. Kan elok kalau dia tukar pakai kain pelikat dulu…Situasi ini boleh berlaku di Malaysia, terutamanya di kampung-kampung.Mujurlah hal tersebut tidak berlaku di UK ini.
Sama ada sedar atau tidak, ramai di kalangan kita mengukur ke”Islam”an seseorang pada pakaiannya.
Begitu juga, ada orang yang beriya-iya memperjuangkan status Islam pada IC orang lain, sedangkan orang itu sudah pun mengisytiharkan secara terbuka ke seluruh dunia yang dia telah murtad. Adakah mengekalkan nama dan status Islam pada IC itu akan menjadikan dia terus Islam?
Begitulah, ada orang mengukur ke”Islam”an seseorang pada nama dalam IC.
Justeru, kita pun bertanya, apakah sebenarnya yang dinamakan Islam?

إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

“(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah(kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (2:131)
Perkataan “aslim” itu bermakna “berserah dirilah”, dan Nabi  Ibrahim pun menjawab “aslamtu” – “aku berserah diri”. Ini menunjukkan asal perkataan “islam” ialah “serah diri”. Mengapa saya menulis “islam”, bukan “Islam”? Mudah sahaja, kerana “serah diri” itu ialah kata kerja(perbuatan), bukan kata nama.
Cuba perhatikan contoh dua individu ini:
A: “Saya solat.”
B: “Saya Solat.”
Huruf “S” pada si B dieja huruf besar kerana nama dia sendiri ialah Solat. Jadi, walaupun si B tidak sembahyang, dia boleh sahaja sebut “saya Solat”, kerana itu namanya, berbanding dengan si A yang kena sembahyang betul-betul, baru boleh cakap “Saya solat”.
Nah, berapa ramai dari kita yang mengaku “aku Islam”, tetapi tidak melakukan perbuatan “serah diri” kepada Allah? Kita boleh terus menyebut “aku Islam” beribu-ribu kali, tapi pada hakikatnya jauh daripada pengamalan islam yang dikehendaki oleh Allah.
Kesimpulannya, ukuran islam itu tidak terletak pada nama, pakaian,keturunan, dan ilmu seseorang. Sesiapa sahaja yang mengikuti ajaran Allah dan Rasul, maka dialah orang islam.
Oleh itu, salah sekiranya kita mengatakan pengikut ajaran Nabi Isa itu orang Kristian dan pengikut ajaran Nabi Musa itu orang Yahudi. Mereka semuanya adalah islam.

هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمينَ مِن قَبْلُ وَفِي هَذَا

“..Dia menamakan kamu: Orang-orang islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini..” (22:78)

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلاَ نَصْرَانِيًّا وَلَكِن كَانَ حَنِيفًا

مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.” (3:67)
P.S~ aku pernah sekali dengar ceramah  ISK nih..... ISK nih program yang sangat syok..membangkitkan semangat jihad korang as a muslim.. nanti aku post pasal ISK...ya bila aku rajin..hehehe

1 comment:

  1. Dekat Aussie, NZ dan Mesir pun ISK masih diteruskan. Alhamdulillah, ISK has opened the eyes and hearts of the people. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...